Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Apa macam geng-geng kat KUIN.. tak nak demo lagi kaa..?

$
0
0
Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Berita yang sayup sayup kedengaran, Kerajaan baru Kedah di bawah pimpinan MB Mukhris Mahathir mahu swastakan KUIN dan diberitakan sebahagian staff KUIN masih belum menerima gaji bulan May mereka setakat 7hb Jun. Hanya selepas kerajaan bertukar tangan pada bulan May, staff KUIN sudah bermasalah menerima gaji mereka sedangkan lima tahun PAS pegang Kedah tak pernah sebulanpun staff KUIN tidak menerima gaji.

Kalau dulu pelajar dan staff KUIN adakan demostrasi terhadap bekas MB kerana beberapa masalah, bagaimana pula kali ini. Dengan dua isu yang lebih besar dari isu dahulu, tidak patutlah pelajar dan kakitangan KUIN berdiam diri.

Ada suara meminta PJ PAS yang baru turun padang membela KUIN walaupun PJ yang lama dulu dibantah dalam demostrasi. Setakat ini belum kedengaran suara PAS yang tampil membela tindakan licik kerajaan BN negeri menyelesaikan masalah KUIN dengan mengambil jalan mudah, menswastakannya.
Dengan penswastaan KUIN bermakna pelajar akan dikenakan yuran yang lebih tinggi dan mungkin terpaksa meminjam lagi dengan PTPTN. Kerajaan Kedah berlepas tangan sambil boleh terus bersenang lenang dengan hasil negeri yang tidak perlu dibelanjakan lagi kepada KUIN.

Kerajaan PAS dulu yang dituduh lemah oleh penyokong PAS sendiri nampaknya lebih berjaya menjaga KUIN selama lima tahun, sedangkan kerajaan baru BN mengambil masa tak sampai dua bulan untuk memutuskan menswastakannya bagi menyelesaikan masalah KUIN. Barangkali (tapi tak pasti) kerajaan Kedah sebelum PAS dulu sudah berkira untuk mengswastakan KUIN kerana masalah yang dihadapi. Penulis menjangkakan demikian kerana masalah KUIN diwarisi dari kerajaan lama oleh PAS.

Tetapi mungkin masalah KUIN tidaklah begitu rumit kerana kerajaan PAS berjaya menanganginya selama lima tahun. Usaha yang cuba dilakukan oleh MB dan kerajaan Negeri PAS untuk menyelamakan KUIN tidak mendapat restu pelajar dan sebahagian staff KUIN yang membantah menerusi satu siri demostrasi terhadap kerajaan Kedah.

Namun sekarang terserlah keengganan kerajaan baru BN untuk menyelamatkan KUIN sebaliknya mengambil jalan mudah menswatakannya. Apakah kita akan lihat satul lagi siri demostrasi di KUIN dalam masa terdekat?" [TKO]

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles