Assalamulaikum dan salam sejahtera YBhg. Dato'
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah ke atas YBhg. Dato' diatas perlantikan sebagai Pemangku Rektor KUIN. Sesungguhnya kami warga KUIN menyambut rasa syukur di atas perlantikan ini bagi menggantikan Jamil yang banyak mendatangkan masalah di KUIN. Tahniah juga diatas perlantikan suami Dato’ sebagai SS Negeri.
YBhg. Dato'Saya sebagai warga KUIN amat mengetahui bahawa tugas yang diberikan kepada Dato' terlalu berat untuk dipikul. Masalah demi masalah yang dihadapi oleh KUIN sepanjang 4 tahun pemerintahan Jamil cukup sukar untuk diselesaikan. Namun, saya yakin dengan pengalaman, ketegasan dan kebolehan yang dimiliki oleh Dato' sebagai KCS mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh KUIN selama ini. Untuk itu , saya ingin mencadangkan 2 perkara yang perlu diambil perhatian oleh Dato’:
1) Mengambil berat terhadap masalah gaji pekerja bawahan Insaniah Holding. Ramai pekerja bawahan Insaniah Holding Sdn. Bhd. (IHSB) menghadapi masalah pembayaran gaji kerana Insaniah telah menyekat peruntukan kepada anak syarikat tersebut. Tindakan ini amatlah bertepatan namun bagi staf bawahan seperti tukang cuci, tukang kebun sehinggalah ke bahagian penyelenggaraan, tindakan ini akan membuatkan mereka tertekan. Mungkin dalam masa terdekat ini, mereka ini perlu diserapkan ke Insaniah agar masalah kebajikan akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Percayalan Dato’, golongan ini telah teranaiya disebabkan IHSB dan mereka bekerja tanpa ada apa-apa agenda yang tersembunyi. Dengan gaji yang tidak seberapa, mereka sangat memerlukan duit demi sesuap nasi untuk diberikan kepada anak dan isteri di rumah.
2) Mengurangkan kuasa yang dimiliki oleh Pengawai Eksekutif Pemangku Rektor (PEPR). Umum mengetahui bahawa PEPR ini dahulunya adalah orang Jamil, sehinggalah beliau dibuang oleh Jamil, barulah melibatkan diri dengan gerakan Bersih KUIN. Terdapat cakap-cakap dibelakang bahawa PEPR ini akan menjadi perangai lama semula yang selalu meninggikan suara kepada sesiapa sahaja. Ini sekaligus akan memberikan imej negatif kepada Dato’ dalam membawa perubahan di dalam KUIN. Kita memerlukan pengalaman beliau tetapi biarlah mempunyai had dan batasnya.Beliau juga perlu sentiasa diberi teguran dan nasihat dalam melaksanakan tugasnya. Lantik semula PA Dato’ yang lama dalam membantu urusan-urusan perkeranian. Dato’ juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang benar-benar hebat dalam memberikan pandangan seperti Ust. Azki Hafizi, Dr. Sharifah, Ust. Baihakhi, En. Tawfek, Pn. Sajiah, En. Jai dan En. Asri. Mereka mungkin boleh dijadikan "Think Tank" kepada Dato'. Saya teramat yakin setiap pandangan yang diberikan oleh mereka adalah ikhlas tanpa prasangka buruk. Kita tidak mahu setiap keputusan yang dibuat atas dasar dendam dan kebencian.
Ini adalah cadangan saya sahaja. Terlalu banyak yang perlu difikirkan oleh Dato’ dan saya amatlah bersimpati dengan Dato’ kerana untuk menyelesaikan masalah didalam KUIN tidak semudah seperti yang difikirkan. Setiap keputusan yang dibuat oleh Dato’, amatlah dinantikan oleh semua warga kerja KUIN. Gerakan Bersih KUIN semakin hampir ke penghujungnya. Selama kita berpanas, berhujan dalam perjuangan akan diingati sampai bila-bila. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa 2 perkara ini adalah cadangan saya semata-mata. Semoga Allah S.W.T akan bersama Dato’. Sekian. Terima kasih.-INSAN TULIS-