Perjalanan Sulung Optimus Prime Jelajah Negara Berkebajikan PAS.

21 Februari 2013 seawal jam 8:30 pagi sahabat aku Jai Castello datang dr Shah Alam ke rumah aku... kemudian kami menaiki BumbleBee Negara Berkebajikan ke Bengkel untuk urusan pengambilan Optimus Prime untuk dilancarkan oleh Presiden pada jam 1:00 tengahari di Pejabat Agong Pas Jalan Raja Laut. Tiba di bengkel... Sahabat aku Mohd Shubihi dan driver Abang Jasri kemudiannya sampai bersama Fadhil Muraabithun... Optimus Prime buat hal... dindingnya tak boleh buka... Juru teknik buat pembaikan... dalam masa yang sama Nazri Ismail dlm perjalanan dr Pulau Pinang ke KL untuk hadiri majlis perlancaran... jam dah dekat pukul 12 sedangkan kami perlu keluar bengkel untuk ke KL... Alhamdulillah akhirnya siap dibaiki & boleh buka...
Perjalanan dr Bengkel ke KL melalui NKVE hari tersebut amat lancar.. tiada kesesakan.... Panggilan telefon riuh rendah tanya dok di mana... dlm masa yang sama aku cuba minta bantuan Sdr Champ Ketua Keselamatan Pejabat Aong untuk minta kerjasama DBKL & Polis Trafik untuk tutup 2 lorong di depan Pejabat Agong... Alhamdulillah dapat... Akhirnya kami sampai di depan Pejabat Agong dan majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden.

Dalam perjalanan kami singgah di Dun Manjoi Perak & diraikan oleh Dato' Seri Nizar & Tuan Haji Asmuni... di sana kami disumbangkan sedikit duit minyak untuk terus ke Kedah... Kami singgah di Uptown Bandar Perda.... Alhamdulillah Tuan Zolkifly Md Lazim bermurah hati sumbangkan sedikit duit minyak... akhirnya kami tiba di Bedong Kedah untuk melelapkan mata di Maahad Tahfiz Bedong....
Esoknya Jumaat pagi kami keluar ke Jeniang untuk set-up sistem audio... di sana kami bersama Ustaz Firdaus Jaafar & di sana juga kami dpt seorang lagi driver iaitu Abang Chot... Petang kami ke Kubur Panjang utk program Hi-Tea Timbalan Presiden bersama Abby Abadi... Malamnya di Majlis Tahun Baru Cina anjuran DHPP Kedah bersama Presiden dan MB Kedah serta seluruh EXCO Kedah...

Sabtu petang kami ke Guar Chempedak dan ke Lata mengkuang untuk Pelancaran ARC Kawasan Sik oleh YB Dato' Dr Hamdan exco Kedah. Tiba di sana... setelah buka pentas dan sebagainya.. rupa2nya penganjur tak mahu pon gunakan kami.... ntah apa pasai tak tau... kami tutup, berkemas & terus ke Pendang untuk program Ceramah Timbalan Presiden bersama Fadzil Baharum, Hashamuddin Rais Tukar Tiub, Nik Jidan, Francis Ong dan ITO....
Semuanya kos perbelanjaan drpd duit kami sendiri & ada juga sedikit sumbangan...
Pada Sabtu pagi aku terima suatu sms drpd Pas Pusat... "Salam Zulhazmi... cc Dr Hatta & Pengarah JPN Kedah... #1 Kuota Kedah selama 2 hari bulan Mac terpaksa dikurangkan sehari sbb treler diserah kpd JPPP isnin sdgkan janji asal ialah Ahad #2 kos operasi treler hanya dibayar jika treler diterima jppp tghr ahad di KL... maaf krn terpaksa peringat perkara2 ini....
Hahhhhhh.... aku buat donno ja la... selesai program malam Sabtu.. kami menginap di Homestay sebelah Homestay Timbalan Presiden... esoknya baru kami bergerak ke KL tetapi singgah di Sungai Petani utk program tahun baru cina... kemudian singgah di Kulim pada jam 9:00 malam.... kami sampai di SACC pada pagi Isnin jam 5 pagi....
Sehingga hari ini segala perbelanjaan kami ke Kedah.... tidak dibayar kerana kononnya kami lewat serah treler kpd JPP.... mula2 kata guna duit enta dulu lps tu claim... kemudian dpt sms segala perbelanjaan tak akan dibayar jika treler tak sampai di KL pd tghr ahad....
Itulah pengalaman perjalanan sulung Optimus Prime....
Nukilan Oleh Saudara Zulhazmi Shariff