Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Nak buat sangat rumah urut...lanie lelaki urut lelaki...pompuan urut pompuan....

Aidila Razak 3:16PM Jun 17 2013

Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

Berhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi -pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.


Dengan perkara itu, kerajaan negeri dapat membendung isu itu tanpa menghukum pelanggan sebenar kerana aktiviti mengurut sebahagian daripada cara tradisi Asean untuk penyembuhan.

"Saya ada idea ini... untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki.

"Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707