Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

DBKL cadang 3 tempat alternative untuk BLACK505

$
0
0
Perhimpunan 505 di Taman Rekreasi Air Panas?

Ahmad Phesal Datuk Bandar KL baru
Datuk Ahmad Phesal Talib
 
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih menunggu maklum balas dan keputusan daripada pihak penganjur Perhimpunan 505, berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan menerusi pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, 14 Jun lalu.

Tiga lokasi dicadangkan Ahmad Phesal, dalam pertemuan melibatkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan dua lagi ahli parlimen PR, Datuk Johari Abdul dan Fong Kui Lun, iaitu Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas - jika mereka masih mengkehendaki kawasan terbuka.

Ahmad Phesal berkata, bagaimanapun, mengambil kira tempahan majlis perkahwinan yang telah dibuat di stadium dan sekitar Taman Tasik Titiwangsa, pihaknya tidak dapat memberi kebenaran untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Titiwangsa.

Menurutnya, Taman Rekreasi Air Panas dicadangkan atas faktor kawasan tersebut yang lapang yang juga mempunyai kemudahan tempat letak kereta, di samping, berhampiran dengan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), membolehkan akses terus ke lokasi berkenaan.

"Seperti mana yang dibincangkan, Stadium Merdeka merupakan lokasi paling sesuai, dan DBKL bersedia membantu dari segi penyediaan tapak perniagaan dan kawalan lalu lintas.

"Berdasarkan pengalaman Bersih 3.0 juga, penganjuran dilokasi itu, membuatkan peserta lebih disiplin, dan tidak melibatkan kerosakan harta benda DBKL, melainkan penambahan jumlah sampah yang terpaksa di kutip kontraktor kebersihan,"katanya ditemui ketika meninjau perkembangan projek menaiktaraf dan pemuliharaan Masjid Jamek, di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu menambah, meskipun Stadium Merdeka bukan di bawah seliaan DBKL, pihaknya bersedia memberikan kerjasama dalam urusan permohonan keguaan stadium berkenaan.

"Ketika sesi perbicangan berlangsung, wakil penganjur setuju untuk pertimbangkan dan akan membuat keputusan setelah perbincangan bersama peringkat tertinggi penganjur dibuat. Namun, sehingga kini, DBKL masih belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada mereka,"katanya sambil menyatakan tidak menetapkan sebarang tempoh akhir untuk pihak penganjur memberikan maklum balas.

Mengulangi pendirian tidak membenarkan penganjuran perhimpunan itu di Padang Merbuk, Ahmad Phesal berkata, selain kelulusan awal yang telah diberikan kepada pihak Majlis Olimpik Malaysia, penganjuran tersebut berisiko merosakkan kemudahan di padang berkenaan yang menjadi lokasi aktiviti sukan.

"Jika kita benarkan, dengan kehadiran berpuluh ribu peserta perhimpunan, dalam tempoh dari jam 11 pagi hingga 6 petang, ia boleh menyebabkan berlaku kerosakan, dan berdasarkan pengalaman lepas, DBKL terpaksa mengeluarkan belanja kira-kira RM100,000 untuk tujuan pembaikian,"katanya.

Rafizi dalam kenyataannya kepada media selepas pertemuan berlangsung bersama Ahmad Phesal 14 Jun lalu, berkata perhimpunan 505 akan tetap dilaksanakan di Padang Merbok setelah menyifatkan alasan yang diberikan DBKL tidak munasabah.

Bagaimanapun dalam kenyataan sama, beliau menegaskan keputusan akhir hanya akan dibuat selepas mesyuarat diadakan dengan pimpinan PR dan NGO terlibat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707