Oleh Khalid Samad
Setiba di sana, mereka berteriak meminta Ketua Kampung keluar untuk bertemu dengan mereka. Apabila ketua kampung keluar, mereka menuntut supaya kunci masjid diberikan kepada mereka! Melihat pada rombongan yang agak ramai, ketua kampong pun naik hairan lalu bertanya.
“Apa hal ni?” tanya beliau kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami sudah menang! Dan kami mahu ambil alih Masjid supaya tidak lagi diadakan kuliah yang pro-pembangkang”. Ketua kampung lantas menjawab, sabarlah dulu, tunggulah keputusan keseluruhannya!
Ringkaskan cerita, itulah niat dan matlamat yang tersirat di hati pimpinan UMNO di peringkat bawahan sekalipun. Mereka mahu ambil alih kuasa supaya dapat mengongkong minda Melayu khususnya. Alhamdulillah PAS bersama PR telah menang di Shah Alam dan seterusnya di Selangor! Semoga minda Melayu dan seluruh rakyat Negeri Selangor dapat terus dikembangkan