Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Rekod himpunan Black 505 di seluruh negara aman

$
0
0
Harakahdaily, 21 Jun 2013

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius cubaan pemimpin Umno BN yang mengaitkan himpunan Black 505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok esok dengan tindakan mahu mencetuskan huru-hara.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beberapa siri himpunan tersebut yang telah diadakan di seluruh negara sebelum ini tiada satu pun yang berlaku huru-hara malah ianya berlangsung dalam suasana aman.

"Jika himpunan itu mahu membuat huru-hara, saya kira himpunan yang pertama selepas pilihan raya pada 8 Mei di Kelana Jaya itu sudah boleh berlaku (huru-hara) kerana ratusan ribu yang hadir itu perasaan mereka tengah 'panas' dengan keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13).

"Tetapi apa yang kita lihat, rakyat berhimpun secara aman dan bukan mahu mencetuskan huru-hara," katanya ketika menerima kunjungan Harakahdaily di kediaman beliau semalam.


Ianya juga sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

Husam yang juga Adun Salor berkata, PAS sebelum ini juga bersama dalam himpunan Bersih pertama hingga ketiga dan juga Himpunan Kebangkitan Rakyat yang tuntutannya adalah sama iaitu mendesak reformasi sistem pilihan raya agar ianya berjalan dengan bersih dan adil.

Menurutnya, PRU13 lalu secara jelas telah menunjukkan betapa sistem pilihan raya yang dikendali oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) begitu pincang dan sarat dengan penipuan.

"Adakah kita nak duduk diam? Jawabnya kita kena buat bantahan, tak kira atas apa nama sekalipun.

"Ada yang kata kita tunggu PRU14 lah. Bila ditipu lagi kita tunggu PRU15 lah dan begitulah seterusnya.

"Saya ingatkan bahawa Islam ajar kita, jika kita melihat kemungkaran, kita kena cegah, dengan tangan atau lisan atau dengan hati, jangan dibiar kemungkaran itu terus berlaku," kata beliau lagi.

Dalam pada itu beliau menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS untuk turun dalam himpunan ini esok sebagaqi tanda kebersamaan bersama rakyat rata-ratanya golongan anak muda.

"Mereka (rakyat) kecewa kerana kita tewas dengan penipuan. Bila mereka kecewa kerana kita ditipu, mereka bangkit menyatakan bantahan.

"Tiba-tiba kita tak rasa kecewa, pelik la," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707