
Anggota polis mengiringi remaja terbabit untuk direman.
BALING - Dua suspek dalam kes kecurian motosikal kini direman empat hari untuk membantu siasatan dalam kes kehilangan motosikal di Pulai, Mei lalu.
Suspek berusia belasan tahun itu dikatakan memiliki motosikal curi dan polis sedang menyiasat untuk menyelesaikan masalah kecurian motosikal itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, kes itu merupakan kes yang berangkai dan polis sedang melakukan siasatan terperinci terhadap kes seperti ini.
“Mereka beli atas kawan, dan jual semula, maknanya ramai yang terlibat. Justeru, kita akan terus mengesan siapa sahaja yang dipercayai terlibat dalam kes seperti ini.
“Hasil soal siasat, masih ada yang terlibat dalam kes itu. Kita akan kesan dan siasat dia pula,” katanya.Suspek berusia belasan tahun itu dikatakan memiliki motosikal curi dan polis sedang menyiasat untuk menyelesaikan masalah kecurian motosikal itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, kes itu merupakan kes yang berangkai dan polis sedang melakukan siasatan terperinci terhadap kes seperti ini.
“Mereka beli atas kawan, dan jual semula, maknanya ramai yang terlibat. Justeru, kita akan terus mengesan siapa sahaja yang dipercayai terlibat dalam kes seperti ini.
Menurutnya, kegiatan memiliki kenderaan ‘panas’ ini boleh diatasi dengan pemantauan ibu bapa mahupun penjaga kepada golongan remaja ini.
“Yang terlibat kebanyakannya adalah pelajar sekolah. Ibu bapa perlu mengetahui dari mana anak mereka memiliki motosikal baru, aksesori baru dan banyak lagi.
“Justeru, jangan salah pihak berkuasa sekiranya anak mereka ditahan untuk siasatan,” katanya.
Katanya, ada anak mereka yang membeli motosikal dengan harga murah, perkara ini perlu dipandang serius dan disiasat dulu sebelum beli.
“Kalau boleh, semak nombor pendaftaran dengan polis dulu untuk mengesahkan motosikal itu bersih dari sebarang kegiatan jenayah.
“Kita yakin, penahanan mereka membantu menyelesaikan kes kecurian motosikal. Kita akan terus jalankan siasatan agar setiap mereka yang terlibat dalam kegiatan ini dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Setakat ini, kes kecurian motosikal di daerah ini merupakan yang tertinggi berbanding kes-kes lain.