Adakah Kumpulan "Think Tank" yang mencadangkan supaya Kulliyyah Perubatan supaya ditutup dan tidak dibayar gaji dari bulan Mei hingga sekarang? Kulliyyah perubatan memperjuangkan pengajaran ilmu perubatan berlandaskan Al Quran dan Hadis dimana pelajarnya dikehendaki menghafal Al Quran, tidak seperti program perubatan di universiti lain di Malaysia.
Secara langsung pelajar perubatan diwajibkan menghafal sekurang-kurangnya juzuk 29 dan 30. Ia bertujuan supaya bakal doktor dapat mengaitkan ilmu Al Quran dalam amalan perubatannya. Penutupan program perubatan secara senyap dengan menganggap staf kulliyyah perubatan bukan staf INSANIAH dan tidak membayar gaji kepada warga kulliyyah perubatan secara tidak langsung menyebabkan pensyarah dan staf di kulliyyah mencari kerja ditempat lain. Tindakan ini adalah sama dengan meruntuhkan perjuangan menegakkan agama Islam. Yang sedihnya ianya didalangi oleh orang islam sendiri. Dan lebih menyedihkan lagi, kelas Al Quran sepanjang pelaksanaanya.
Diskriminasi wujud di Kolej Universiti Insaniah, Penutupan Kulliyyah perubatan yg bertujuan melahirkan anak melayu beragama islam dan mengikut panduan al quran dan hadis serta mengamalkan ilmu perubatan, bermaksud jatuhnya perjuangan menegakkkan ilmu al quran dan hadis disebabkan oleh orang islam sendiri. sebagai orang islam di malaysia, tidak perlulah melihat dan memperkatakan perjuangan jihat spt di Palestin dan syria. Di Malaysia pun kita tidak mampu mempertahankan agama sendiri. Dengan tidak memberi gaji yang hampir 3 bulan ni, secara senyap-senyap akan menutup program perubatan di kolej universiti INSANIAH dimana pensyarah dan kakitangan akan meletak jawatan dan mencari kerja lain.
Jadi kepada Ustaz ustaz di luar sana, tolong selamatkan perjuangan ilmu al quran dpd mereka yg tidak bertanggungjawab.
Nukilan,
The Doctor
Nukilan,
The Doctor