Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

INSANIAH ada INSANIAH HOLDING ada... mana yang bermasalah..dan apa masalahnya..???

$
0
0
Salam,

Untuk perhatian Tuan,

Ramai pembaca mengatakan PADAN MUKA kepada kakitangan KUIN tentang masaalah tidak di bayar gaji. Tetapi mereka tidak mengetahui cerita sebenar apa yang berlaku dan sedang berlaku. Biar saya terangkan sedikit apa yang sebenarnya berlaku.

Semasa PR memerintah dahulu, Ust Azizan dan Dato Jamil (bekas Timbalan Rektor UIA) banyak melakukan perubahan positif dari segi penambahan kursus dan pembesaran kampus. Ini semua di lakukan dengan hasrat pendidikan di Kedah dapat maju ke hadapan. Maka anak syarikat KUIN bernama Insaniah Holding di tubuhkan dan melalui anak syarikat ini lah tertubuh pula Kulliyyah2 seperti Insan MEDIC, Kulliyyah Multimedia, Kulliyyah Insan Fasih, Insan System, semua untuk kebaikkan. Walau bagaimana pun terdapat sekelompok warga KUIN (tidak ramai tetapi di ketuai olih Ust Azki dan beberapa staff bawahan) tidak dapat menerima perubahan tersebut. Mereka mula melakukan sabotaj dan fitnah2 dari segi memburuk burukkan Dato Rektor dan Ust Azizan. 

Kerja pentadbiran di lambat2 kan olih penyokong2 mereka,sabotaj juga dalam hal2 pentadbiran lain dan kemasukkan pelajar semata mata nak salahkan Rektor dahulu. Sebenarnya mereka mendapat restu UMNO Kedah dan selalu bermesyuarat di Laguna Merbok untuk menjatuhkan kerajaan PR. Disebabkan ini mereka sentiasa dapat liputan akhbar dan media masa. Seolah-olah isu yang besar kerana hari hari di ketengahkan di media.


Ramai orang tidak tahu mereka ini sekarang tidak bermasaalah tentang gaji. yang bermasaalah adalah anak syarikat Insaniah Holding yang menjadi pengendali Kulliyyah Insan Medic, Kulliyyah Multimedia, Insan Fasih, Insan System. Sekarang ini gaji anak2 syarikat holdings tidak di bayar kerana menurut pemangku Rektor ia tidak ada kena mengena dgn KUIN sedangkan yuran dari PTPTN semuanya Insaniah terima dan segala permohonan MQA, KPT di lakukan olih Insaniah. Apa yang kami rasakan adalah untuk penghapusan legasi Ust Azizan dan mereka sekarang sedang memberhentikan kakitangan2 yang dahulu bersama Datok Jamil seperti Ustaz ghani Shamsuddin, Dr Latifah (Pendaftar), Dr Faridah (Asasi) dan CEO Medic , Multimedia dan Insan Fasih.

Setelah BN menang perkara ini berterusan dan kakitangan Insaniah Holding serta semua di bawah nya tidak di berikan gaji sejak Mei 2013. Apabila ada keluhan di website2, ramai pembaca, masih keliru dan ingatkan kakitangan yang sekarang tidak menerima gaji adalah mereka2 yang berdemo dan membuat onar dalam Insaniah dahulu.

 Jack MMK

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles