Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

BENARKAH Kerjasama PKR dan PAS dalam PR seperti kek icing, nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam

$
0
0
Mohammad Agus Yusoff

Selepas Pilihan Raya Umum 2013, saya lihat kerjasama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat seperti kek icing, nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam. Dalam masa yang sama, saya melihat kekuatan BN juga begitu.

Yang rapuhnya kerjasama dalam PR itu apa? Kerapuhan kerjasama PAS-PKR ini dapat dilihat apabila terdapat pemimpin PAS yang tidak menyokong Perhimpunan 505. Inilah sebabnya perhimpunan yang dijanjikan 1 juta orang, hanya 50 ribu sahaja yang hadir. Rapuhnya ialah apabila terdapat pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kuala Besut. Kuat dan berpengaruh sangatkan PKR untuk meletakkan calonnya di Kuala Besut?

Nampaknya beberapa pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk bertanding itu belum memahami realiti pengaruhnya di Terengganu. Nampaknya beberapa pemimpin PKR ini masih jauh dari dunia politik nyata. Aduh!

Di parlimen pula, saya lihat kemeriahan Dewan tidak seperti dulu lagi. Tiadanya Saifuddin Nasution dan Dr Zulkefley, serta sikap YB Azmin Ali, orang kuat DS Anwar yang semakin tajam mengkritik kepemimpinan PKR juga menjadikan DS Anwar seperti hilang sengatnya semasa berdebat di Dewan. YB Nik Abduh dan YB Nasaruddin Tantawi pula tidak begitu bersemangat membawa bendera PR di Dewan berbanding dengan bendera PAS.


Maka, saya lihat semakin rapuhlah kekuatan PR di Dewan melainkan dalam minggu yang akan datang, mereka mampu membawa persoalan rakyat yang lebih besar untuk didebatkan, bukan hanya tertumpu kepada isu SPR dan sistem pilihan raya kita yang perlu diubah.

Jika PR kelihatan semakin rapuh, saya lihat BN juga begitu. Ada kemungkinan ahli parlimen bukan Islam dari BN akan menentang rang undang-undang tukar agama. Saya tidak pasti pula bagaimana YB Islam dari PAS dan PKR akan mengundi untuk menyokong atau meluluskan rang undang-undang ini, tetapi yang jelas ini adalah satu perkembangan yang menarik untuk diperhatikan.

Lain-lain perkembangan politik akan terus saya laporkan. Yang boleh saya katakan setakat ini, jangan terkejut jika dalam waktu terdekat ini landskap politik negara berubah lagi. Ah, politik ini seni serba mungkin!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles