Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Adakah Taib Mahmud akan jadi jerung yang dibuat gulai oleh SPRM

$
0
0

Ikan bilis, jerung dan SPRM


HANYA ikan bilis! Itulah persepsi umum mengenai ketegasan dan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun satu dua kes rasuah berprofil tinggi telah disabitkan, rata-rata orang masih beranggapan badan bebas itu hanya berani pada ikan-ikan kecil.

Antara ikan kecil yang selalu kedengaran ditangkap: Pegawai PBT rasuah RM2,000, kerani pejabat tanah makan suap RM500, kakitangan JPJ minta duit kopi RM200 untuk lulus ujian memandu, polis trafik minta RM100 untuk elakkan saman, dan lain-lain anak ikan.

Maka orang ramai selalu sinis. Mengapa jaring, pukat tunda dan pukat harimau SPRM hanya mampu menangkap anak ikan, sedangkan bapak ikan – pari, jerung, yu, ‘jaws’, badak air, buaya tembaga, singa laut, jembalang laut – semua boleh terlepas?

Seluang dan siput sedut selalu masuk jaring. Barangkali bapak dan tok-tok ikan ada ilmu kebal dan ilmu hitam, sebab itu tidak melekat pada jaring atau pukat. Ini mungkin hanya persepsi rambang.

Tetapi seperti telah dibuktikan dalam banyak hal, di tempat kita persepsi boleh menjadi realiti.


Saya puji usaha keras badan bebas itu untuk mengikis persepsi negatif terhadapnya.

Seperti yang dilaporkan media sehari dua ini SPRM tidak main lagi ikan-ikan kecil.

Sekurang-kurangnya ikan yang lebih besar kini mula masuk dalam jaring pasukan pencegah rasuah.

Suruhanjaya itu telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dakwaan penyelewengan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu yang akan disiasat ialah mengenai dakwat pada PRU13 yang menjadi rungutan umum hingga hari ini. Pilihan raya sudah selesai, dakwat pun sudah hilang dari jari, tetapi isunya terus hangat.

Kerajaan memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk menyiasat SPR. Seperti yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: “Kita serah pada SPRM.

Kerajaan tidak boleh campur urusan mereka.

Siasatlah kalau ada apa-apa aduan.”

Pengendali pilihan raya itu pun bersedia untuk disiasat, seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar: “Kita tidak bimbang dan akan memberi penuh kerjasama, mudah-mudahan ini dapat membersihkan imej SPR yang tercalar.” Maka eloklah siasat sampai ke akar umbi.

Tetapi, yang lebih menarik perhatian dan memang ditunggu umum ialah siasatan terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung satu video (video lagi!) berjudul Inside Malaysia’s Shadow State yang dimuat naik dalam YouTube.

Mac lalu video berkenaan telah didedahkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, Global Witness (GW) yang merakam perbualan antara penyiasat persendirian GW dengan dua sepupu Taib.

Video berkenaan menyebut beberapa penyelewengan yang dikaitkan dengan Ketua Menteri yang telah 32 tahun mengetuai pentadbiran di Bumi Kenyalang. Walaupun Taib telah menafikan, siasatan masih diteruskan. Menurut

Penolong Pesuruhjaya, Urusetia Bahagian Siasatan SPRM, Lim Bee Kean siasatan terhadap kes ini telah dilakukan sejak Jun 2011.

Bagi mempercepat proses siasatan kes berkenaan, sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan agensi lain telah ditubuhkan dan laporan siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara bagi tindakan susulan.

Setakat ini lebih 20 individu yang dipercayai terlibat dan disebut dalam video tersebut, telah dipanggil untuk membantu penyiasatan. Menurut Lim, dalam siasatan tidak ada pilih kasih, tanpa gentar, semuanya telus dan profesional.

Tidak itu sahaja pasukan penyiasat juga telah meneliti lebih 400 fail. Saya tidak dapat membayangkan betapa 400 fail, mungkin tinggi hingga mencecah siling. Silap-silap gaya boleh rebah, menimpa dan membunuh pegawai penyiasat!

Penyiasatan telah dilakukan lebih tiga tahun, melibatkan ramai kakitangan dan pegawai berbagai kemahiran dalam pasukan khas, dipantau pula Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 12 Akta SPRM 2009.

Masa banyak dihabiskan, duit pun banyak dibelanjakan, malah tentu sekali banyak juga petugas dan pegawai tidur hingga larut malam. Persoalannya: Apakah penghujung siasatan mega ini?

Bagi Taib, tidak kira berapa banyak tuduhan, beliau masih bersih selagi tidak dibuktikan bersalah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707