Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Rang Undang-Undang tukar agama anak : Akhirnya Kabinet UMNO BN tunduk pada tekanan parti kompenan..!!

$
0
0
Kabinet gugurkan Rang Undang-Undang tukar agama anak

July 05, 2013

Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menarik semula Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri itu, berkata rang undang-undang yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu sudah dibincang secara mendalam.

"Pandangan dari pelbagai sudut diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet bersetuju penarikan balik rang undang-undang itu perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya pada kenyataan petang ini.

Muhyiddin berkata, semua pindaan berbangkit dari penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga ditarik balik.

Katanya, kerajaan percaya Islam agama yang adil kepada manusia dan pertikaian status agama anak perlu diselesai berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk agama seseorang bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga).

Pada 2009, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan akan menghalang semua penukaran kanak-kanak bawah umur masuk Islam tanpa persetujuan bersama.

Isu itu berbangkit selepas seorang wanita Hindu, Subashini Rajasingam memohon perintah injunksi bagi menghalang suaminya, Saravanan Thangathoray dari mengIslamkan dua anak lelaki mereka, Dharvin Joshua, 4, dan Sharvind, 2 pada 2007.

Pada 13 Mac 2007, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 menolak dengan kos rayuan Subashini untuk mengekal perintah injunksi ex-parte bagi menghalang suaminya.

Pada 23 Mei 2006, Saravanan mendapat perintah ex-parte dari Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak jagaan sementara Dharvin yang bersama-samanya memeluk Islam dengan menukar nama kepada Muhammad Shazrul Dharvin. – 5 Julai, 2013.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707