NAMPAKNYA KERJAAN MALAYSIA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TIDAK SELARI DENGAN ISLAM....
BUKAN APANYA SEBAB KABINET SUDAH MENARIK BALIK RUU TERSEBUT..INI BERMAKSUD KABINET TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TAK SELARI DENGAN ISLAM...
BUKAN APANYA SEBAB KABINET SUDAH MENARIK BALIK RUU TERSEBUT..INI BERMAKSUD KABINET TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TAK SELARI DENGAN ISLAM...
Peruntukan selari dengan IslamKUALA LUMPUR 5 Julai - Peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan ibu atau bapa yang memeluk Islam menentukan agama anak adalah Islam sewajarnya difahami sebagai mewakili situasi terkini di negara ini.Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr. Yusri Mohamad berkata, peruntukan itu didukung oleh keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai autoriti tertinggi dalam mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu tersebut.Menurut beliau, peruntukan berkenaan turut diguna pakai oleh pihak berkuasa agama Islam negeri."Pembela menyeru semua pihak memahami seksyen tersebut sebagai 'status quo' yang kukuh dan berasas kerana didukung oleh dua autoriti tertinggi yang paling relevan dengan isu ini."Semua pihak diminta kembali kepada semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam menangani isu ini dan bukannya berpandukan kepada sentimen kesamarataan mutlak yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Yusri mengulas pandangan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anaknya yang berusia di bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti yang terkandung dalam Seksyen 107(b) rang undang-undang tersebut."Islam perlu dihormati dan diberi peluang untuk berperanan sebagai agama Persekutuan dalam persoalan seumpama ini," ujarnya.Sementara itu, pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berpandangan, selain merujuk kepada hukum syarak dan keputusan mahkamah, isu menukar agama anak juga wajar dilihat dari sudut kemanusiaan."Mungkin kita boleh mengkaji berhubung keperluan untuk memaklumkan ibu atau bapa yang tidak memeluk Islam tentang pertukaran agama anak mereka," katanya.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130706/dn_06/Peruntukan-selari-dengan-Islam#ixzz2YDrwATTw© Utusan Melayu (M) BhdAgama anak bawah umur adalah Islam - Majlis FatwaKUALA LUMPUR 5 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam.Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ketetapan itu telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009.Menurut beliau, muzakarah tersebut turut memutuskan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam."Dari segi pandangan Islam, sekiranya salah seorang daripada pasangan suami atau isteri memeluk agama Islam, maka anak mereka yang di bawah umur hendaklah mengikut agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.Abdul Shukor mengulas pandangan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anaknya yang berusia di bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti terkandung dalam Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.Merujuk kepada Portal Rasmi Fatwa Malaysia (http://www.e-fatwa.gov.my), keputusan muzakarah itu dibuat berdasarkan pandangan jumhur ulama al-Hanafiyyah, al-Syafi'iyyah dan al-Hanabilah bahawa anak-anak mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam itu ibu atau bapa.Pandangan itu adalah bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."Muzakarah berkenaan turut menyatakan, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan tidak perlu dipinda kerana persetujuan salah satu pihak sahaja memadai dalam menentukan agama kanak-kanak.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130706/dn_14/Agama-anak-bawah-umur-adalah-Islam---Majlis-Fatwa#ixzz2YDurMtYH© Utusan Melayu (M) Bhd