Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

MBAS nafi kadar sewa mahal

$
0
0

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menafikan mereka mengenakan kadar sewa mahal kepada beberapa peniaga di tapak niaga bazar Ramadan, dekat sini, hingga menimbulkan kesulitan kepada mereka.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, sebaliknya pihaknya mengenakan kadar RM300 untuk permit sementara sempena Ramadan bagi perniagaan juadah berbuka puasa untuk kawasan yang ditetapkan.

“Setiap tahun, MBAS mengenakan caj apabila mengeluarkan permit sementara Ramadan kepada orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan mereka di kawasan tertentu, tak kira sama ada di Stadium Darul Aman mahupun Pekan Rabu asalkan sekitar bandaraya ini.

“Jadi, berhubung permintaan peniaga di kawasan berkenaan yang meminta kami mempertimbangkan semula harga sewa tapak ini. Saya rasakan perkara ini bukannya di bawah bidang kuasa kami,” katanya.


Mat Noh berkata, mereka meletakkan harga permit sementara seperti biasa berdasarkan sebelumnya, justeru dia menyarankan supaya peniaga terbabit berbincang dengan pihak berkenaan mengenai penurunan kadar sewa ditetapkan pada tahun ini.

Sebelum ini, peniaga di tapak niaga Bazar Ramadan Pekan Rabu, dekat sini mendakwa mereka dikehendaki membayar sewa agak mahal bagi setiap tapak iaitu RM700

Malah, mereka mendakwa pada tahun lepas sewa tapak yang dikenakan hanya sekitar RM350 untuk tempoh selama 24 hari, bagaimanapun ia dikatakan naik mendadak kali ini hingga menimbulkan kebimbangan kepada peniaga.

Kenaikan harga sewa tapak berlaku dipercayai mengakibatkan jumlah peniaga berkurangan daripada 30 orang pada tahun lepas, bagaimanapun menjadi sekitar lapan peniaga sahaja pada tahun ini kerana ramai tidak berkemampuan.

Bagaimanapun, Pengerusi Pekan Rabu, Azmi Shahab berkata, pihaknya tidak mengenakan harga sewa tapak niaga mahal seperti didakwa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles