Kerusi Machang kekal milik BN
KOTA BHARU - Kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Machang pada PRU13 lalu kekal selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan PKR.
PKR bulan lalu memfailkan petisyen di mahkamah untuk mengisytiharkan keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Machang sebagai tidak sah dan batal.
Petisyen bagi kerusi Parlimen Machang difailkan oleh calon parti itu Wan Zawawi Wan Ismail yang kalah kepada calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi.