PEMBAYARAN SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES]
MATEMATIK APA KERAJAAN GUNA?
Pada 16 JULAI 2013 dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka YB Sim Tong Him, Kementerian Pengangkutan Malaysia memaklumkan bahawa sehingga 11/06/2013 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM20,020,500.00 kompaun telah dikutip. Kerajaan juga menyatakan bahawa setakat 11/05/2013 sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd manakala sebanyak RM3,429,910.00 telah diambil oleh Kerajaan.
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] ingin membawa seluruh rakyat Malaysia melihat kepada formula matematik Kerajaan Malaysia seperti berikut :-
Jumlah Saman AES bagi tempoh (23/09/13 – 11/06/13) -- 673,339
Jumlah Kompaun dikutip (RM300) -- RM20,020,500.00
Jumlah Saman Dijelaskan -- 66,739 (66,735 x RM300 = RM20,020,500.00)
Formula Tiga Langkah (RM16 x jumlah saman dijelaskan) -- RM16 x 66,735 = RM1,067,760.00
Jumlah Bayaran kepada Syarikat -- RM13,550,758.00
Jumlah Bayaran Kepada Kerajaan -- RM3,429,910.00
Jumlah Pembahagian -- RM13,550,758.00 + RM 3,429,910.00 = RM16,980,668.00
Baki Bayaran -- RM20,020,500.00 - RM16,980,668.00 = RM 3,039,832.00
Jika semua 673,339 telah dijelaskan -- 673,339 x RM300 = RM202,001,700
Formula Tiga Langkah (RM16 x jumlah saman dijelaskan) -- RM16 x 673,339 = RM10,773,424.00
Angka-angka yang diberikan oleh Kerajaan amat mengelirukan.
Pertama : Bagaimana Kerajaan boleh membayar sebanyak RM13,550,758.00 kepada syarikat pembekal AES sedangkan jumlah saman yang telah dijelaskan hanyalah sebanyak 66,735 yang hanya melayakkan syarikat dibayar sebanyak RM1,067,760.00.
Kedua : Jika syarikat dibayar RM13,550,758.00 daripada jumlah kompaun keseluruhan RM20,020,500.00 baki yang tinggal ialah sebanyak RM6,469,742.00. Kenapa Kerajaan hanya mengambil RM3,429,910.00 sahaja? Ke mana baki RM3,039,832.00?
Ketiga : Jika keseluruhan 673,339 saman telah dijelaskan sekalipun, syarikat tidak layak mendapat RM13,550,758.00 kerana RM16.00 dari setiap 673,339 hanyalah RM10,773,424.00.
KASE mendesak Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan menjelaskan isu-isu melibatkan pembayaran ini kepada rakyat. KASE juga mendesak Kerajaan untuk mendedahkan butiran perjanjian yang ditandatangani di antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat secara langsung. Cukup-cukuplah rakyat diperbodohkan.
ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
17 JULAI 2013 / 8 Ramadhan 1434
![]()