Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad
ALOR SETAR – Majlis Fatwa Negeri Kedah bersetuju dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir untuk mewartakan fatwa anti Syiah.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad mengalu-alukan langkah itu demi kebaikan masyarakat setempat yang beragama Islam.
Beliau berharap ia dapat disegerakan untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pihak terbabit.
“Saya setuju sebab kalau kita tidak wartakan sebagai enakmen pentadbiran Syariah, kita tidak dapat berbuat apa-apa tindakan.
"Dengan pewartaan sebagai fatwa di negeri ini, hukuman yang setimpal boleh dikenakan kepada orang yang terlibat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Mengulas hasrat Mukhriz untuk berbincang dengannya mengenai perkara itu, Baderudin bersedia pada bila-bila masa.
“Kalau boleh kita mahu perkara ini dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa kerajaan negeri bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat Kebangsaan pada 5 Mei 1996.
Mukhriz berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.