Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

K.Besut - 16:16 paling menguntungkan rakyat Terengganu

$
0
0

http://3.bp.blogspot.com/-XHMTWBSGWnw/Ud5c4Q6vYaI/AAAAAAABVX4/T8BoqOR_6Ec/s200/kuala+besut+logo.jpgApakah pengundi Kuala Besut akan menjadi sebahagian dari pengukir sejarah politik negara untuk mencipta sidang DUN 16:16, di mana kerajaan dan pembangkang menyamai kekuatan yang pertama, akan hanya terjawab pada 24 November nanti. Ketentuan bagi mencipta rekod sejarah terletak kepada mereka setelah semua pihak kini giat menggembleng tenaga bagi mendapatkan sokongan dari para pengundi.

Pelbagai komentar dibuat oleh kedua-dua pihak berhubung senario tersebut. BN menyerang teori 16:16 dengan menggambarkan akan wujud sebuah kerajaan tergantung yang tidak stabil.

Bahkan, lebih tragis bilamana Khairy Jamaluddin pula menggambarkan senario ini sebagai berita malang bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak, walaupun pengarah pilihanraya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini antara komentar paling aneh.

Namun, PAS berpandangan bahawa senario 16:16 ini sebagai pembentukan sebuah kerajaan yang sangat berimbang di mana peranan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Dewan Negeri lebih besar dan bertanggungjawab membolehkannya memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.


PAS juga boleh menyekat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said daripada menganiayai kawasan-kawasan DUN yang tidak berpihak pada pembangkang. Sebelum ini, MB pernah berkata kerajaannya tidak memberikan peruntukan perumahan kepada kawasan yang BN tewas. Jika pengundi Kuala Besut menjadikan kedudukan DUN 16:16 24 November ini, perkara ini boleh dielakkan. Para penyokong BN di Kuala Besut juga disarankan memberikan undi kepada calon PAS supaya Ahmad Said tidak turut menganiaya para penyokong BN yang menyokong mereka di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang.

Seperti yang disebut Pengarah PRK Dato Husam Musa di Kuala Besut, situasi 16:16 bukanlah satu scenario yang boleh menyebabkan pertukaran kerajaan atau pemerintah di Terengganu. Bahkan, Umno akan terus menerajui kerajaan kerana perlantikan MB dan Speaker telah dibuat, dan Dewan Negeri telah dibentuk. 16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, mencari punca kepada pelbagai peristiwa bumbung bangunan runtuh, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Rakyat Terengganu adalah pihak yang untung jikalau PAS memenangi PRK Kuala Besut 24 Julai ini. Kepada para pengundi Kuala Besut, ayuh jangan lepaskan peluang keemasan ini demi kesejahteraan rakyat Terengganu keseluruhannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
19 Julai 2013

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707