Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Saperti biasa - sandiwara tradisi UMNO tak ubah bagai memilih pengarah filem

$
0
0
 
Bila kita menyebut nama pertubuhan UMNO tentu kita tidak bolih terlepas daripada memperkatakan tentang BN. UMNO selaku tunggak kepada BN yang memerintah Negara tentulah mendapat perhatian umum setiap kali pemilihan pucuk pimpinan diadakan. 

Saperti biasa - sandiwara tradisi UMNO tak ubah bagai memilih pengarah filem (selalunya dikekalkan pengarah sediaada) dan pelakun pelakun baru diundang untuk berganding dengan pelakun pelakun lama yang sudah popular dan berpengaruh untuk melakunkan cerita tradisi yang tidak pernah berubah skripnya. 

Suara suara yang sama nadanya menjunjung pengarah filem terpilih dalam bakul tadahan riuh kedengaran. Berbakullah pula janji manis penuh kepalsuan diketengahkan untuk halua telinga rakyat hingga mulut ternganga menonton siaran TV di rumah masing masing.

Pelbagai projet besar yang lebih besar dari gunung Kinabalu diwarwarkan. Rakyat terpegun, terpesona dengan perancangan besar kerajaan untuk kepentingan rakyat - yang katanya susunan sosio ekonomi Negara yang bakal dijanakan adalah antara yang terbaik didunia.

Kemudiannya tidak lama selepas itu tiba pula pembentangan bajet Negara untuk tahun hadapan. Berbilion wang Negara akan disalurkan kesetiap kementerian. Berminggu minggu siaran TV memperkatakan tentang bajet mega yang menguntungkan rakyat. Ahli penalnya pula bukan sembarangan orang, dipanggil menjelaskan kebaikan perancangan kerajaan di buat. Memang diakui perancangannya membawa kebaikan kepada rakyat.

Rakyat menarik nafas lega - hujan rahmat bakal mencurah keseluruh Negara.

Malangnya belum apa pun lagi- pengarah pangarah filem pentas Negara sudah mula menghitung untung laba dari tayangan filem akan datang. Cerita pokok durian Putrajaya sudah masak buahnya mula kedengaran.Baunya terhidu hingga kebilik pengarah filem juga kebilik ketua setiausha filem. Air liur mula menitis. 

Kelaparan kepada kemewahan hidup duniawi menolak erti kemanusiaan, melupakan erti kejujuran, lupakan dosa dan pahala lalu terus menghitamkan mata hati didada.

Durian Putrajaya sudah masak, mana bahagian aku, mana aku punya ...penyangak...penyamun...perampas...
Hanya yang bertakwa kepada Allah dan berpegang teguh pada taliNya - dapat menahan diri dari kemarukan harta dunia.

Harta halal walau segunung emas pun tetap halal disisi Allah. Harta haram walau sebentuk cincin besi pun tetap menjadi isi neraka.

Orang padang besar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles