oleh Double H
Cubaan hidup kadang kadang datang dalam bentuk yang tidak pernah dijangka. Allah tidak tertakluk kepada apa apa syarat atau peraturan hambanya.ada yang diuji secara berterusan, ada yang didatangkan bala ketika sedang berseronok . Bergantunglah kepada kita sama ada untuk beringat ingat akan keadaan ujian ini atau mengmbil sikap hidup hanya sekali, sementara ada peluang, enjoy sepenuh hati. Terpulang juga kepada kita apa sikap yang akan diambil bagi menghadapi dugaan ini. Ada yang asal susah akan terus mengalah dan berdukacita. Tiada langsung untuk merenung kepada kesilapan diri yang menyebkan diri ditimpa bala. Ada yang belajar dari kesilapan dan cuba tidak mengulangi kesilapan itu dimasa akan datang.
Yang tebaik ialah mengambil sikap seperti hamba Allah yang sebenarnya. Percaya bahawa musibah yang menimpa ini adalah dari Allah. Diri sebagai hamba harus menerima nya sama ada secara sukrela atau secara paksa. Kita tiada pilihan untuk lariketentuan Allah. Peringkat tertinggi penyerahan diri kepada ujian ini ditunjukkan oleh nabi Ayub. Walau pun ditimpa penyakit bepuluh tahun, hilang anak isteri, dia tidak mengeluh. Paling kuat nabi Ayub mengadu...
“ sesungghnya aku ditimpa penyakit sedangkan engkau yang lebih mengasihani diantara yang mengasihani” (al-quran: 21:83).
Keteguhan iman akan terserlah ketika kita ditimpa kesusahan. Sifat kemaafan seseorang dapat diukur ketika dia berkuasa untuk membalas. Sifat kedermawanan diukur ketika dia dalam kesempitan. Sifat tawadhuk diukur ketika dia dikalangan orang yang lebih rendah darinya. Sifat zuhud seeorang diukur dalam keadaan dia mampu untuk bermewah-mewah.
Jangan terpesona kepada orang yang sombong waktu berkuasa, orang yang pemurah waktu diberi rezeki yang melimpah, orang yang merendah diri dikalangan orang orang besar, orang yang pemaaf dalam keadaan dia tidak berdaya membalas. Keyakinan kepada qada dan qadar dapat diukur ketika seseorang ditimpa bala. Jika dia seperti orang kelemasan, mencapai apa sahaja asalkan dapat timbul bernafas, berteriak-teriak meminta pertolongan maka itu tandanya goyah iman.
Orang yang lemah iman akan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia akan mencari siapa sahaja asal dapat meringankan bebannya. Dia akan menggadai apa yang ada asal dapat keluar dari kegawatan hidup. Jika yang digadai itu barang kemas atau harta benda yang memeng disimpan untuk tujuan itu, maka itu sudah sepatutnya berlaku. Benda itu boleh ditebus kemudian hari.
Jika yang digadainya ialah maruah diri, perinsip hidup maka tidak mungkin dia dapat menebus semula kehormatan diri yang telah tergadai itu. Selamanya dia akan kehilangan harga diri terhadap dirinya dan terhadap orang lain juga. Inilah yang sebenarnya ditunggu oleh musuhnya, orang yang pada lahirnya berlagak penyelamat dan sahabat tetapi sebenarnya musuh . Simangsa akan menjadi tawanan seumur hidup, tanpa dapat menebus kembali maruah yang hilang.
Inilah bezanya antara meminta tolong kepada allah dengan meminta tolong dengan makhluk. Darjat diri akan meningkat selapas melepasi ujian ini jika allah yang menjadi tempat mengadu dan tempat meminta tolong. Inilah janji allah;
...apakah kamu dikira beriman sedangkan kamu tidak diuji? (alquran:29:2.)
Saya menulis ini untuk memperingatkan kepada diri dan kepada siapa juga yang sedang menghadapi ujian allah bertepatan dengan bulan puasa ini. Tiga bulan tanpa gaji yang dialami oleh warga insaniah holding adalah ujian kecil dari allah. Percayalah saya pernah mengalami ujian yang lebih berat dari itu. Kekurangan belanja bertahun tahun menjadikan saya tidak sangat menjadi keluh kesah. Saya sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Hidup miskin menyediakan saya kekuatan menghadapi hari hari seperti sekarang.
Percayalah ada banyak benda yang ada disekeliling kita sekarang ini sebenarnya bukan keperluan hidup. Kebanyakannya ialah kemahuan hidup. Hidup sebenarnya bukanlah sesukar yang kita sangka. Astro, ipad, galaxy, accord, jenahak, basmati, aircond, milo, gardenia, mc donald, coke, rolex bukanlah benda yang kita perlukan dalam hidup ini. Benda benda ini ialah kemahuan kita. Tanpanya hidup tidak akan terjejas, bahkan mungkin akan lebih bahagia.
Seorang manusia cuma memerlukan 2000 kalori makanan sehari. Beberapa gram protin, sedikit lemak, lagi sedikit vitamin dan garam galian. Semua itu boleh didapati pada harga tidak sampai pun 50 sen sehari. Lebihan gula yang dimakan akan membawa mudarat. Lebihan protin akan dibuang begitu sahaja. Tiada pun keperluan kepada kopi, rokok, milo, dsb. Semua itu adalah yang kita mahu.
Percayalah banyak lagi benda yang anda boleh lupuskan dari kehidupan sehari-hari tanpa membawa mudarat sedikit pun. Saya berani berkata demikian kerana saya telah mengalami kehidupan tanpa barang-barang ini. Dan saya dapati hidup lebih bermakna dan lebih produktif. Sayangnya kita tidak sedar kerana kita menyangka ini semua adalah keperluan. Kita sudah terbiasa dan tidak dapat hidup tanpanya.
Ambillah kesempatan dari ujian allah ini. Jika selama ini kita enggan berubah secara sukarela, maka kejadian yang menimpa ini dianggap sebagai paksaan untuk berubah. Jangan harap kepada makhluk untuk membantu., lebih lebih lagi dari orang yang zalim. Mereka sendiri sibuk dengan masalah untuk simpati dengan masalah orang lain. Bahkan percayalah kita ada kekuatan bagi menghadapi ujian allah yang selama ini tidak diketahui. Nabi ayob bersabar selama 40 tahun sebelum mengadu kepada allah. Kita baru 3 bulan!