Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Program 'Sepetang Bersama Anak Yatim' utk tahun yg ke 6 bagi DUN Kubang Rotan

$
0
0
YB Nasir Mustafa

Insyaallah hari sabtu ini PKWR DUN Kbg Rotan akan menganjurkan program 'Sepetang Bersama Anak Yatim' utk tahun yg ke 6.

Semua anak yatim yg kematian bapa, belum cukup umur dan tinggal dgn penjaga yg kurang kemampuan di dlm DUN Kbg Rotan adalah peserta yg dicari dan diberi kelengkapan pakaian hari raya.

Program ini dijayakan dgn membuka kepada semua yg budiman utk menjadi keluarga angkat sepetang bersama anak yatim atau memberi sumbangan dgn kadar RM150.00 utk setiap anak yatim.

Keluarga angkat akan ditemukan dgn anak-anak yatim mengikut jumlah yg ditentukan oleh pihak keluarga angkat. Selepas itu keluarga angkat akan membawa anak2 ini membeli-belah dan berkumpul semula utk sama2 berbuka puasa. Sementara sebahagian lagi anak yatim yg tiada keluarga angkat akan diberi sumbangan tunai sejumlah RM150 seorang.

Pelbagai pengalaman menarik telah dirasai oleh peserta melayani dan meraikan anak2 yg diperintah utk menjaga hak mereka oleh Allah dan dijanjikan pelbagai balasan baik.


Dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

Tahun ini 98 anak yatim tlh berdaftar sementara setakat pagi ini sejumlah 18 keluarga angkat tlh bersedia mengambil 39 anak yatim dan 14 penderma yg tlh memyumbang sebanyak RM6400.00. Majlis juga akan menyediakan jamuan berbuka utk 500 org.

Pihak saya mengalu-alukan penyertaan t/puan ke program ini samada memjadi keluarga angkat atau sebagai penyumbang yg insyallah berlibat ganda balasan dariNya di ramadan yg penuh berkat ini.

Saya juga ingin menjemput t/puan ke majlis berbuka puasa serentak dgn program sepetang bersama anak yatim pada hari sabtu 27.7.13 di surau tmn pelangi, belakang pasar besar alor setar..

Ya Allah lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan kami..

Facebook YB Nasir Mustafa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707