Ahli dakwa koperasi seleweng
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ahli-ahli KPBB mendakwa pengurusan koperasi berkenaan tidak berlaku adil kepada mereka.

SIK - Seramai 25 ahli Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB) mendakwa berlaku penyelewengan kewangan oleh lembaga pengarahnya.
Wakilnya, Mat Zam Mat Isa mendakwa, penyelewengan berlaku ke atas pengurusan wang koperasi apabila semakan mendapati mereka mengambil 30 peratus hasil jualan ladang getah sedangkan ketika mesyuarat agung koperasi pada 2003, majoriti ahli membenarkan koperasi mengambil 10 peratus sahaja.
Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan koperasi yang dikatakan tidak berlaku adil kepada sebahagian ahlinya.
“Kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik petang kelmarin.

Seorang lagi ahli, Mansor Adli Yaakob berkata, mereka pernah mempersoalkan pengambilan 30 peratus hasil ladang kepada pengurusan koperasi namun tidak mendapat jawapan yang memuaskan.
“Sudah lama kami bersabar dan berharap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dan pihak terbabit dapat membantu membela nasib kami.
“Kami cuma mahu hak yang dijanjikan kerajaan negeri semasa meminta kami berpindah ke sini,” katanya kepada Sinar Harian.