Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Sg Petani - Ibu tunggal daif perlukan bantuan baiki rumah

$
0
0
 
Norli Zakaria menunjukkan anai-anai yang membentuk busut di bawah rumahnya di Kampung Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah, semalam. - utusan/OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 25 Julai - Ketika orang lain sibuk berpusu-pusu ke pasar Ramadan untuk membeli pelbagai juadah, seorang ibu tunggal, Norli Zakaria, 42, pula hanya mampu memasak nasi berlauk sardin untuk berbuka puasa.

Norli dari Kampung Sungai Layar Hujung di sini, memasak hidangan ala kadar cukup untuk mengalas perus.

Dia yang kematian suaminya sejak empat tahun lalu kini membesarkan tiga orang anak berusia tujuh hingga 18 tahun, yang kesemuanya masih bersekolah.

Lebih malang, kediaman yang didudukinya kini merupakan sebuah rumah usang milik keluarga yang sudah reput dimakan anai-anai.


Tinjauan Utusan Malaysia di dalamnya mendapati tiada sebarang bilik kecuali satu ruang kecil hanya dipisahkan dengan dinding kayu, selain lantai sudah berlubang akibat dimamah anai-anai.

Norli berkata, sebelum ini, dia beberapa kali memohon bantuan rumah tetapi tidak mendapat maklum balas.

"Dulu saya bekerja kilang bagi menyara kehidupan kami empat beranak. Namun, saya mengalami kencing manis pada tujuh tahun lalu dan keadaan menjadi teruk kebelakangan ini.

"Mata saya pula makin rabun dan akhirnya saya mengambil keputusan berhenti kerja," katanya.

Ibu tunggal itu memberitahu, dia kini hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk keperluan anak-anak sekolah.

"Kalau hendak baiki memang tidak mampu kerana kos yang tinggi, saya pula tiada simpanan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130726/wu_05/Ibu-tunggal-daif-perlukan-bantuan-baiki-rumah#ixzz2aFhB9wOD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles