Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Akhirnya Umno jadi parti yang tidak berkepimpinan

$
0
0
Harakahdaily, 27 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Perpaduan di antara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti Umno dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi.

“Umno menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuik bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan yang kian hari kian lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu bersatu di bawahnya.

Ini, ujarnya adalah disebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi Umno kerana masalah dan isu besar yang dihadapi Umno itu sendiri.

Baginya, Umno sudah ketandusan kepimpinan di setiap peringkat kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.

Menurutnya lagi, apabila Umno dirasuk oleh penyakit politik wang, maka hanya mereka yang sanggup membeli dan membayar sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan wang ringgit untuk menjadi pemimpin.

“Akhirnya Umno menjadi parti yang tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan telah diketepikan kerana tidak bermain dengan politik wang itu,” tulis beliau selanjutnya.


BN hendak dijadikan 'multiracial'?- Bhg 1
oleh Aspan Alias

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai mencadangkan agar BN dijadikan sebuah parti ‘multiracial’ sebagai persediaan menghadapi perubahan masa dan zaman bagi mempastikan BN terus relevan pada masa yang akan datang. Cadangan ini selari dengan setengah suara untuk mengakhiri zaman parti-parti politik yang berlandaskan kepada penyertaan keahlian mengikut bangsa-bangsa.

BN setakat hari ini adalah sebuah ‘coalition’ dari parti-parti yang berlandaskan kepada perkauman tetapi jika dipandang dari sudut BN itu sebagai sebuah parti ia sememangnya adalah gabungan yang tersedia sebagai gabungan yang ‘multiracial’. BN pernah berjaya menggabungkan dan menyatukan rakyat yang berbilang kaum ini dimana rakyat pernah berpadu tanpa menghadapi sebarang masalah.

Kepada rakyat yang sudah berusia mereka tentu merasakan yang dahulunya tidak ada masalah dalam perhubungan diantara kaum. Semasa BN mempunyai kepimpinan kuat masalah perhubungan kaum itu terjalin dan sehingga hari ini mereka yang mempunyai rakan diantara berbilang kaum itu masih lagi berhubung tanpa mempunyai sebarang masalah. Saya sendiri sebagai unit yang kecil dalam masyarakat ini, masih kekal dengan perhubungan yang baik dengan rakan-rakan dari bangsa bukan Melayu.

Perpaduan diantara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti UMNO dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi. UMNO menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuik bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu. Pimpinan yang kian hari kian lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu bersatu dibawahnya.

Ini adalah di sebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi UMNO kerana masalah dan isu besar yang dihadapi UMNO itu sendiri. UMNO sudah ketandusan kepimpinan disetiap peringkat kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.

Apabila UMNO dirasuk oleh penyakit politik wang, maka hanya mereka yang sanggup membeli dan membayar sokongan dari ahli-ahlinya yang lahapkan wang ringgit untuk menjadi pemimpin. Akhirnya UMNO menjadi parti yang tidak berkepimpinan kerana yang berkepimpinan telah diketepikan kerana tidak bermain dengan politik wang itu.

Mereka yang sepatutnya diketepikan oleh perwakilan dan ahlinya masih menjadi pemimpin sehinggakan parti itu ketandusan kepimpinan untuk menghadapi rakyat yang mereka sedang pimpin itu. Tambahan kepada politik wang itu menyusur isu yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin ini bagi mengekalkan sokongan orang ramai khususnya dikalangan ahli-ahlinya, iaitu isu perkauman.

Mengetahui orang Melayu sudah mula mual dengan parti itu maka isu perkauman dimainkan bagi menakut-nakutkan orang Melayu dari meninggalkan mereka. Sememangnya tidak menghairankan jika rasuah menjadi isu besar kerana rasuah selalunya dilakukan oleh pimpinan yang tidak berharga dan lemah. Pimpinan yang lemah tidak akan mampu mengelak dari melakukan rasuah kerana pemimpin seperti ini mempunyai jiwa yang kecil dan kenit. Hanya pemimpin yang mempunyai jiwa besar sahaja yang tidak sanggup melakukan rasuah kerana seorang yang berjiwa besar akan menentukan fokus kepimpinan mereka hanya untuk kepentingan negara semata-mata.

Seperti yang saya sebutkan beberapa kali sebelum ini hanya pemimpin yang berjiwa kecil sahaja yang tidak berani menghadapi realiti dan kehendak negara itu sendiri. Hanya mereka yang fakir jiwanya yang takut untuk menyatukan kaum-kaum kerana jika rakyat berbilang kaum bersatu mereka akan kehilangan kedudukan kepimpinan kerana sifat mereka yang lemah dan miskin jiwa tadi.

Itulah sebabnya cerita perpaduan kaum ini menjadi isu dalam politik masing-masing termasuk dari parti-parti pembangkang tetapi mereka juga sama sikapnya kerana sama-sama miskin jiwa dan fakir pemikiran dan kemampuan mereka untuk memimpin. Masing-masing lemah dan menyandarkan sokongan dengan menaikkan suhu perselisihan keyakinan diantara kaum masing-masing untuk kekal relevan dan berkuasa.

Seruan Timbalan Presiden MCA itu adalah seruan baik, tetapi banyak isu yang harus di selesaikan sebelum BN itu boleh dijadikan sebagai sebuah parti yang ‘multiracial’ agar ia benar-benar-benar berlaku di dalam erti kata yag sebenarnya.

Kita tidak mahu melihat ‘multiracial’ itu hanya dislogankan sahaja kerana ada pihak yang memainkan slogan itu tetapi tidak ada perlaksanaannya kerana seperti yang saya sebutkan beberapa kali, iaitu pimpinan yang miskin jiwa dan kepimpinan mereka. Mereka sentiasa bimbang dan terpaksa berpaut kepada sentimen perkauman keatas kaum yang mereka pimpin itu.

BN seperti yang disebut diatas tadi adalah sebuah pertubuhan politik yang sudah pun ‘multiracial' bentuknya. Hanya keahlian BN itu dianggotai oleh parti-parti yang dianggotai mengikut bangsa masing-masing. Mungkin kali ini semua anggota-anggota MCA, MIC dan UMNO misalnya didaftarkan sebagai ahli-ahli secara terus BN. Selepas itu hanya beberapa isu penting yang lain yang boleh mengikat kepentingan mana-mana pihak dengan ketat agar ia tidak hanya tinggal sebagai retorik pilihanraya yang mengelirukan sahaja.

Jika benar BN boleh di jadikan ‘multiracial’ dalam erti kata sebenarnya, ia perlu di gubal strukturnya dengan kuat dengan kadar yang agak segera untuk mengasaskan ‘foundation’ yang kuat untuk pencapaian matlamat perpaduan kaum itu demi masa depan negara.

Apakah asas-asas yang mesti diperlihatkan dan di bentuk elok kita sambong rencana ini sehari dua lagi.

(bersambong)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707