Ust Idris Ahmad
Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian isytihar dia sebagai pemenang kerana lawannya telah dipukul 'TKO'.
Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya dalam usaha memancing undi. Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam.
Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa orang mufti telah diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno. Walaupun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun sejak 7 April 1981.
Tindakan Jakim dan ulama pengampu yang tumpang sekaki telah tercalar. Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya.
Masyarakat melihat betapa lembabnya institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno.
Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersemuka dengan semua pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan kewibawaan beliau seorang ulama yang bertanggungjawab atas apa yang berliau nyatakan.
Sebaliknya penolakan pihak kerajaan untuk membenarkan Presiden Pas untuk menjelaskan selama sejam dalam televisyen secara langsung menampakkan sikap pengecut pihak kerajaan. Hadi meminta sejam sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat.
Pemimpin Umno takut hujah yang dikemukakan oleh Presiden Pas akan mempengaruhi orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno.
Umno bimbang orang akan meninggalkan Umno dan menyertai perjuangan Pas.
Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel Lain A