Peniaga sibuk goreng ayam
- Anggota penguatkuasa merampas makanan yang didapati dijual sebelum jam 3 petang.
SUNGAI PETANI – Seorang janda berusia 30-an sibuk memasak lauk-pauk ketika anggota penguatkuasa menjalankan operasi bersepadu di sekitar daerah melibatkan beberapa lokasi panas termasuk Tikam Batu, Tanjung Dawai, Taman Keladi, Bukit Selambau dan Tupah bermula jam 10 pagi.
Ketika serbuan pada jam 10.45 pagi di Tikam Batu juga didapati beberapa pelanggan yang kebanyakan lelaki beragama Islam berada dalam premis berkenaan.
Apabila ditanya, ada antara pelanggan yang menawarkan diri dan mengaku pemilik kedai semata-mata mahu membantu janda tersebut setelah premis itu dikepung penguatkuasa.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda yang mengetuai operasi, Zaiferi Zainul Abidin berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melibatkan 36 anggota.
“Ketika sampai di satu kedai di Bukit Selambau pula mendapati, seorang wanita berusia 50-an bersama seorang lelaki sedang sibuk menggoreng ayam selain beberapa juadah lain yang sudah tersedia,” katanya.
Tinjauan turut mendapati, peniaga sedang menyediakan nasi bungkus dipercayai telah ditempah lebih awal.
“Apabila kita soal siasat, mereka kata hendak bungkus kepada 150 warga Nepal yang telah membuat tempahan awal,” katanya.
Menurut Zaiferi, operasi telah dijalankan sekitar 15 lokasi panas hasil dari maklumat orang awam termasuk di kawasan perkelahan Tupah.
“Tinjauan turut dilakukan di Tupah di mana kita menemui dua kenderaan persendirian yang diletakkan di kawasan tersembunyi dipercayai dijadikan port untuk makan sempena bulan puasa.
“Ini dapat dibuktikan dengan penemuan bungkusan plastik berisi teh O ais dan nasi bungkus yang belum terusik,” katanya.
Zaiferi berkata, serbuan kemudiannya ke Tanjung Dawai pada jam 12 tengah hari ke sebuah restoran nasi kandar yang dipercayai dibuka sebelumnya tetapi apabila anggota penguatkuasa sampai mendapati pintu telah ditutup.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas premis melalui laluan pintu dapur mendapati terdapat pelbagai jenis lauk-pauk telah disediakan namun peniaga menafikan kedai dibuka untuk orang ramai pada waktu itu.
“Kemudian, mereka beri alasan lauk-pauk dijual kepada nelayan bukan Islam sahaja,” katanya.
Turut dikenal pasti, plastik hitam dipercayai diberikan untuk pelanggan yang datang ke kedai tersebut.
MPSPK keluarkan 4 kompaun
Sebanyak empat kompaun dikeluarkan terhadap premis makanan yang didapati gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah selain diberi amaran oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda atas pelbagai kesalahan.
Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Anil Aris berkata, empat kompaun yang dikeluarkan termasuk dua premis di Tikam Batu, satu di Bukit Selambau dan satu di Tanjung Dawai.
Menurutnya, selain kompaun RM300, rampasan makanan yang dituntut juga akan dikenakan bayaran mengikut kuantiti.
“Mengikut mesyuarat yang diadakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang baru-baru ini memutuskan supaya mengehadkan waktu operasi kedai makanan Islam sepanjang bulan Ramadan kecuali restoran makanan antarabangsa (bukan Islam).
“Selain itu, premis makanan yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam perlu mengikuti arahan tersebut dan hanya boleh mula beroperasi pada jam 3 petang,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, pihaknya akan membuat pemantauan ke atas premis terlibat sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Beliau berkata, pihaknya ada menerima lebih kurang 30 aduan daripada orang ramai berhubung salah satu kedai di Tikam Batu yang didapati beroperasi sebelum jam 3 petang menyebabkan ia menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.