Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Yang pandai membangkang, teruskan membangkang, jangan jadi kerajaan

$
0
0
Aspan Alias, 

Setiap negara ada ciri-ciri dan ‘attribute’ politik masing-masing. Ia berbeza diantara satu negara dengan negara yang lain. Ia mungkin bergantung kepada elemen sejarah yang juga berbeza diantara satu negara dan jajahan yang lain. Kita terus sahaja kepada keadaan dan situasi politik negara kita.

Politik negara kita adalah politik yang agak unik, kerana politik kita dimainkan oleh rakyat yang berbilang kaum dan struktur asas politik kita adalah di dasarkan kepada sistem demokrasi yang agak unik kerana ia di ubahsuai mengikut keadaan dan infra-strukturnya yang berbeza dengan yang lain.

Pertamanya kita adalah sebuah negara Persekutuan dalam mana ia dianggotai oleh negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Ada empat belas negeri-negeri semuanya di dalam negara kita termasuk Wilayah Persekutuan yang mana ia ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan itu. Kita bukannya sebuah negara ‘unitary’ seperti negara Thailand atau Indonesia.

Negara kita adalah seperti negara AS dan Australia dalam mana negara-negara itu mempunyai negeri-negeri di dalamnya yang ditadbir oleh negeri-negeri itu sendiri. Negeri-negeri dinegara Persekutuan seperti kita mempunyai Dewan Legislatifnya sendiri serta kerajaan nya sendiri.

Malahan ada negara Persekutuan seperti AS, mereka mempunyai undang-undangnya yang berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain yang berada dalam Persekutuan itu. Malahan diantara satu negeri dengan negeri dalam Persekutuan itu mempunyai struktur percukaian yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri dalam AS itu.


Selain dari demokrasi, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbagai kaum dan politiknya adalah pegangan kuasa oleh orang Melayu. Melayu menjadi nadi politik Malaysia dan kesemua jenis dan kaedah politik yang terlaksana tidak akan berjaya tanpa bekerjasama dengan orang Melayu serta partinya. Tanpa sokongan Melayu mana-mana parti di negara ini tidak akan sampai hajat untuk menjadi pemegang kuasa kerajaan.

Itu sebabnya parti DAP terpaksa bekerjasama dengan kumpulan politik Melayu dan memilih PAS sebagai gandingan untuk menyaingi BN yang ditunjangi oleh UMNO, sebuah parti Melayu terbesar dinegara ini. DAP terpaksa menelan pahit maungnya dengan menerima PAS sebuah parti yang terdasar diatas perjuangan Islam.

Walaupun banyak perbezaan diantara perjuangan dan ‘attribute’ diantara kedua parti itu, mereka terpaksa bekerjasama diantara satu dengan lain menghadapi BN yang sedang berkuasa sejak merdeka. Oleh kerana perbezaan diantara kedua-dua parti itu begitu besar maka kita terdengar acapkali pemimpin kedua-dua parti itu bertelagah diatas beberapa isu pokok yang diperlukan oleh orang Melayu dan Islam.

Kita mendengar pemimpin kedua-dua parti telah berlaga 'idea' dan pandangan terhadap beberapa isu seperti isu nama ‘Allah’ yang telah menjadikan PAS terpaksa defensif kerana kenyataan Setiausaha Agong DAP meminta kerajaan memperakui yang sesiapa dan apa agama sekali pun dibenarkan menggunakan nama 'Allah’ sebagai nama Tuhan masing-masing.

Walaupun DAP tahu kenyataan itu akan membawa bencana kepada ikatan Pakatan Rakyat itu tetapi parti itu masih menimbulkan isu itu untuk kepentingan individu parti itu. Akhirnya PAS menjadi mangsa kerana orang Melayu Islam terutamanya diluar-luar bandar tidak dapat menerima apa yang dituntut oleh DAP itu. Maka PAS menjadi mangsa. PAS yang dijangka memenangi banyak kerusi akhirnya hanya mampu mendapat 21 kerusi, satu kerusi kurang dari pilihanraya sebelumnya.

Justeru cita-cita Pakatan Rakyat gagal untuk mengatasi BN dalam pilihanraya 13 yang lalu dan memilih isu penipuan kononnya berlaku secara berluas-luasa dalam PRU itu yang dilakukan oleh BN sebagai isu untuk menutup kekecewaan mereka gagal menempatkan BN dipetak pembangkang.

Sebelum pilihanraya DAP berkata yang Pakatan akan memenangi 125 kerusi, 49 DAP, 40 PAS dan selebihnya PKR untuk mencukupi angka 125 yang parti itu unjurkan. Jika dipandang dari sudut angka dan berjaya Pakatan untuk menempah 125 kerusi itu, saya berpendapat UMNO akan tetap menjadi sebuah parti yang akan menang kerusi yang terbanyak walaupun kemungkinan BN itu kalah dalam PRU itu.

Akhirnya jangkaan saya dan ramai yang lain ternyata benar dan UMNO telah mendapat 89 kerusi. Seandainya parti-parti lain dalam BN menghadapi kekalahan UMNO tetap mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen. Bagaimana mungkin Pakatan boleh menubuhkan kerajaan dalam 'procedure' pembentukan kerajaan parti yang terbesar akan diberikan keistimewaan untuk membentuk kerajaan dengan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memenangi PRU itu.

Dalam keadaan itu jika UMNO bekerjasama dengan PAS maka akan berlaku kerajaan campuran diantara UMNO dengan PAS yang mencukupi bilangan untuk membentuk kerajaan. Jika UMNO memilih untuk berunding dengan PKR maka kerajaan tajaan UMNO itu akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PKR. Begitu juga jika UMNO bekerjasama dengan DAP.

Pendeknya UMNO tetap parti penting dalam usaha menubuhkan kerajaan alternatif itu. Itu sebabnya adalah tidak adil jika UMNO tidak mahu atau tidak tahu bagaimana hendak memperbaiki parti itu agar tidak ada pihak yang tertekan semata-mata kerana kepentingannya dalam politik negara.

Itu sebab saya pernah berkata yang DAP serta PKR akan hanya menjadi parti pembangkang yang baik buat beberapa lama lagi. Sememangnya keadaan ini adalah kebenaran. Sememangnya parti-parti DAP dan PKR itu selayaknya menjadi pembangkang yang baik dan ia akan memakan masa yang agak lama untuk berkelayakan untuk menjadi parti pemerintah.

Kita mesti menjadi pihak yang boleh melakukan tanggungjawab dengan baik, dan jika menjadi pembangkang itu menjadi tugasan yang baik mereka lakukan maka jadilah pembangkang sampai bila-bila atau sampai berkelayakan untuk menjadi pembangkang. Sememangnya banyak terjadi dimana mereka menjadi pembangkang yang baik tetapi apabila menjadi kerajaan ia bertukar menjadi pentadbir yang buruk dan tidak sebaik semasa mereka menjadi pembangkang.

Sememangnya setengah dari pemimpin dan parti itu hanya ‘effective’ sebagai pembangkang sahaja. ‘They are very good servants but bad masters’.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707