Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Ada AKTA PCA 1959 tapi dok kait dengan ORDINAN DARURAT juga sebab dok tembak kerap nie..!!!

$
0
0
Kerajaan guna Akta PCA 1959 banteras jenayah berat 
- Bernama

Kerajaan akan menguna pakai Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang sedia ada bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat tanpa menunggu penggubalan akta baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Akta PCA, yang tidak diguna pakai dalam sistem perundangan negara pada masa ini, akan dilaksanakan dalam tempoh segera bagi menangani kes jenayah berat yang meningkat.

Beliau berkata, penggunaan Akta PCA itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu, susulan kebimbingan yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung peningkatan kes jenayah berat membabitkan senjata api.

"Kita memandang serius jenayah yang berlaku pada masa kini yang bukan jenayah biasa tetapi jenayah besar dengan pembunuhan berlaku sehingga ada orang kata Malaysia ini macam negara koboi.

"Apa yang berlaku (pembunuhan) sungguh menyayat hati yang memerlukan kita mengambil tindakan yang lebih tegas dan berani," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri dan Umno Johor, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang baharu serta Timbalannya, Datuk Dr Latiff Ahmad.

Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri turut membincangkan langkah meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang sempadan negara bagi mencegah penyeludupan masuk senjata api oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, supaya mengkaji semula Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengurangan kadar jenayah.

Katanya, jika sebelum ini tumpuan diberikan untuk membanteras jenayah jalanan seperti ragut dan samun namun kini sudah sampai masanya tumpuan diberikan kepada jenayah yang lebih serius.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sudah menyediakan draf undang-undang baharu dalam usaha membanteras jenayah selepas Akta Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad dimansuhkan.

Selain masalah jenayah berat, Muhyiddin berkata kerajaan turut memandang serius gejala rasuah dan usaha membanteras gelajah itu tidak hanya boleh disandarkan kepada kerajaan semata-mata malah memerlukan kerjasama daripada masyarakat pelbagai lapisan.

Penggunaan Akta PCA itu turut disuarakan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Dalam satu temuramah baru-baru ini, beliau berpendapat Akta PCA yang sedia ada perlu diperbaiki bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat dan bukan memperkenalkan satu akta baharu yang berfungsi sama seperti EO. - Bernama, 2 Ogos, 2013.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles