Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Dakwat kekal: boleh di guna di Hari Raya juga, bukan semasa PRU saja

$
0
0
oleh aspan alias

Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada diambang Hari Raya Aidulfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu runggit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk di berikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira dihari raya ini. Dia berkata yang dia ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.

Seperti juga kita semua, ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan wang raya ini tentu lah berasa gembira melihat anak-anak kecil bersukaria apabia mendapat duit raya seringgit dua dari kita. Saya bertanya kepadanya bagaimana kalau yang ramai-ramai itu datang berulang kali kerana tentu dia tidak akan dapat tahu siapa yang sudah menerima dan belum menerima duit raya dia itu?


Kawan saya itu berjenaka, “Itulah, saya ingat saya hendak pergi ke SPR sahaja untuk mendapatkan dakwat kekal dari Suruhan Jaya itu” Bila saya tanya apa kena mengena dengan dakwat kekal dengan duit raya itu dia menjawab, “Ialah… apabila anak-anak saudara atau kanak-kanak kampung datang menerima duit raya, kita suruh dia celup jari telunjuk mereka kedalam dakwat kekal tu supaya kita dapat mengenali siapa yang sudah menerima duit raya dan siapa yang belum menerimanya!” jawapannya ini amat menggelikan hati saya mendengarnya.

Rupa-rupanya dakwat kekal ini bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada hari Raya Puasa juga. Kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya. Kalau tidak berpuas hati penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya gunakan lah semasa Hari Raya.Kepada pemimpin UMNO pula dakwat ini boleh di gunakan untuk mempastikan penyokong yang ramai-ramai itu tidak meminta duit raya berulang kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, dan pada sesiapa yang ramai anak-anak saudara dan cucu saudara itu jangan lupa untuk membawa balik kampung bersama dengan dakwat kekal.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles