Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Muhyiddin saudah bersedia ambil-alih jawatan dari Najib ...!

$
0
0

Wow, terkejut saya apabila melihat artikel yang diterbitkan oleh agensi berita rejim Barisan Nasional (BN), siapa lagi kalau bukan Bernama yang mengumumkan secara rasmi lawatan sehari timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin ke Perak esok.

Rasanya belum pernah dalam sejarah seorang timbalan perdana menteri mendapat liputan berita lebih-lebih lagi kenyataan media yang dikeluarkan pejabatnya sendiri.

Lazimnya, hanya perdana menteri sahaja yang mendapat perhatian Bernama setiap kali sesuatu acara rasmi lawatan ke luar ibu negara hendak diadakan, malah ketika Anwar Ibrahim berada di kedudukan Muhyiddin pun, Bernama tidak memetik berita sedemikian.
Muhyiddin adakan lawatan sehari ke Perak, esok
IPOH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Perak, esok.
Menurut program yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, beliau dijadual menghadiri lima program sekitar daerah Batang Padang.
Lawatan Timbalan Perdana Menteri dimulakan pada sebelah pagi dengan majlis perjumpaan tertutup Barisan Nasional negeri Perak di Kompleks Sukan Proton City, Tanjung Malim.
Ia kemudianya disusuli lawatan Muhyiddin ke kilang Proton di Proton City serta akan bersama-sama warga Proton untuk jamuan tengah hari.
Pada sebelah petang, Muhyiddin akan merasmikan mesyuarat agung tahunan Majlis Pendekar Malaysia (MPM) di Dewan Utama, Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang.
Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Sepetang TPM bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kelab Guru dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) belia negeri Perak di dataran Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor di Bidor.
Muhyiddin akan mengakhiri lawatan kerjanya dengan menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia dan makan malam di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.- Bernama
Nampaknya khabar angin yang bertiup kencang dari kem Umno mengatakan bahawa Najib Altantuya kini dipeti sejukkan ternyata benar sejak menghilangkan diri selepas melawat mendiang bekas persiden Gerakan, Lim Keng Yaik hujung tahun lalu.
Walaupun kelibat Rosmah Mansor dilihat hari ini di Kelantan kunun bagi meredakan spekulasi tersebut, ia masih tidak meyakinkan sesetengah pemerhati politik tanah air bahawa Najib Altantuya sudah dianggap 'tersingkir' dari jawatannya secara tidak rasmi.

Sehingga malam ini, presiden Umno itu masih tidak memunculkan diri di khalayak umum dan hanya berani mengulas perkembangan terkini keadaan semasa menerusi akaun laman sosial Twitternya yang kini mencecah hampir 43 peratus pengikutnya merupakan pengikut palsu (fake follower/account).

Belum pasti bilakah keadaan ini akan berlarutan tetapi Muhyiddin sudah memulakan tugasnya selaku perdana menteri sementara tanpa memaklumkan kedudukan Najib Altantuya kepada kabinet mahupun pejabat Yang di-Pertuan Agong setiap kali keluar negara dan tidak berada dalam mana-mana bahagian dalam persekutuan Malaysia.

Ini merupakan lawatan keempat bagi Muhyiddin ke negeri yang dianggap bakal dirampas kembali Pakatan Rakyat memandangkan perpecahan dalaman Umno negeri oleh dua kem berbeza iaitu Zambry Kadir dan Zahid Hamidi makin ketara keadaannya.

JALAN PULANG

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles