Johari dakwa Kedah sembunyi tujuan pembalakan
![]() |
NAMPAKNYA BOLEH PANGGIL JOHARI BAHAROM PIE SAMA KOT MELAWAT TAPAK TUU..DOK CAKAP BANYAK SANGAT |
JITRA - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom mendakwa kerajaan Kedah menyembunyikan tujuan sebenar mereka meluluskan penerokaan kawasan hutan simpan berhampiran Tasik Pedu dan Gunung Inas di Baling.
"Saya yakin mereka ada tujuan lain. Saya harap kerajaan Pas Kedah lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR/PMR 2012 anak-anak anggota polis daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.
"Saya yakin mereka ada tujuan lain. Saya harap kerajaan Pas Kedah lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR/PMR 2012 anak-anak anggota polis daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini menegaskan lebih 400 hektar hutan simpan berhampiran Tasik Pedu yang ditebang akan dibangunkan dengan ladang buah-buahan manakala lebih 1,000 hektar di Gunung Inas untuk dijadikan ladang rakyat.
Azizan juga mengumumkan kerajaan negeri sedang mengenal pasti antara 800 hektar hingga 1,000 hektar lagi kawasan hutan untuk dipajak kepada persatuan-persatuan agama sebagai sumber pendapatan mereka.
Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan negeri sewajarnya membuat perancangan teliti dan tidak memberi kebenaran meneroka hutan sesuka hati.
"Jawapan Azizan bahawa tidak perlu kajian tanah kawasan yang ditebang balak berhampiran Tasik Pedu menjelaskan sikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan Menteri Besar.
"Kita juga nak tahu projek ini berdaya maju atau tidak... bukan buat dulu. Akhirnya balak sudah ditebang dan tinggal bukit yang gondol, sungai terjejas dan mendap oleh hakisan," katanya.
Mohd Johari berkata, walaupun pembalakan berhampiran Tasik Pedu dibuat di bahagian bawah, hakisan pasti akan berlaku dan akan memasuki Sungai Pedu, Sungai Kuala Nerang dan Sungai Padang Terap. - Bernama