Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Rakyat Kedah berpendapatan bawah RM3000 dijangka mencecah 570,000 orang

$
0
0
Penerima BR1M di Kedah dijangka bertambah lebih 200,00 orang

10 Januari 2013

ALOR SETAR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang akan mula dibayar Februari ini bagi negeri Kedah dijangka mencecah lebih 570,000 orang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom berkata bilangan itu berdasarkan 204,000 telah mendaftar setakat ini berbanding lebih 363,000 penerima tahun lepas.

Beliau menjangka lebih banyak permohonan akan diterima menjelang tarikh tutup 15 Januari ini, katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bulanan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan negeri Kedah di Bangunan Persekutuan, Anak Bukit, dekat sini hari ini.

"Pelanjutan tempoh permohonan itu memberi peluang kepada rakyat terutama penduduk luar bandar yang tidak menerima maklumat mengenai bantuan kerajaan persekutuan itu," katanya.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pembayaran BR1M akan dibuat mulai 2 Februari. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707