Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Agus : Isu Mat Sabu Syiah, Bukti dikemukan bukan saja Gred A atau B tapi...........!!

$
0
0
Persepsi..!!

Apabila KDN mendedahkan bukti tentang Mat Sabu, pemimpin nombor 2 PAS sebagai pengikut Syiah, reaksi pertama saya ialah ‘bukti’tersebut tidak kukuh. Dan sama sekali tidak menyakinkan.

Apabila mendengar pula adanya bukti gred A, hati saya bertanya lebih jauh. Apakah kita boleh mengawal akidah rakyat? Saya tidak berfikir kita boleh mengawal akidah rakyat kerana amalan itu adalah bersifat peribadi.

Yang boleh kita kawal ialah aktiviti yang mengancam keselamatan negara. Setakat ini, kita tanyalah diri kita, adakah aktiviti Mat Sabu mengancam keselamatan negara? Jawapan saya tentunya tidak kerana Mat Sabu adalah seorang pemimpin sebuah parti politik yang sah mengikut undang-undang negara.
Merenung lebih jauh, hati saya berkata, betapa perlunya kita belajar untuk membina dan mengurus persepsi. Dengan bukti yang ada di tangan KDN setakat ini, persepsi yang kita bina bukan di tahap gred A dan B.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707