Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

160 ribu rakyat Kedah tak bayar cukai tanah dalam anggaran tunggakan RM50juta

$
0
0
Pemilik culas bayar cukai berdepan tindakan
ROSLINDA HASHIM
14 Januari 2013
Muhamad Nor Rofie
Muhamad Nor (kiri) dan Mohd Shahadan pada sidang media di PTG, semalam.
 
ALOR SETAR - Pemilik tanah berstatus kediaman diingatkan jangan culas membayar cukai bagi mengelak tanah dirampas setelah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) melancarkan Ops Tunggak 3 bermula awal bulan ini.

Pengarahnya, Datuk Muhamad Nor Rofie berkata, tunggakan cukai tanah melibatkan hak milik bersyarat kediaman merupakan tertinggi, berbanding tanah komersil dan pembangunan.

“Ops Tunggak 3 akan fokus pada tunggakan tanah kediaman kerana ramai yang tidak tahu ianya perlu dibayar setiap tahun. Ada yang beranggapan setelah cukai pintu dibayar, tidak perlu lagi bayar cukai tanah,” katanya pada sidang media.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian II, Mohd Shahadan Abdullah.

Berdasarkan rekod, sebanyak 160,034 hak milik dikenal pasti mempunyai nilai tunggakan mencecah RM49.9 juta.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 90,623 hak milik melibatkan tanah bersyarat kediaman, banglo, berkembar dan teres membabitkan nilai tunggakan cukai RM26.8 juta. Tahun ini, fokus diberi kepada daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu dan Kulim/Bandar Baharu kerana wujud banyak perumahan di situ,” katanya.

Muhamad Nor berkata, sekiranya pemilik masih berdegil setelah pihaknya mengeluarkan notis mengikut Seksyen 97 dan 100 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan boleh dirampas dan menjadi hak milik kerajaan negeri.

“Notis 6A diberi terlebih dahulu sebagai peringatan dan jika masih engkar, tindakan pelucutan hak milik akan dibuat. Saya nasihatkan tuan tanah segera selesaikan tunggakan dan bayar cukai semasa untuk elak urusniaga tanah berkenaan dibekukan seperti pindah hak milik atau proses harta pusaka,” katanya.

Menurutnya, terdapat kes di mana tuan tanah tidak pernah membayar cukai sejak 30 tahun, namun kebanyakan kes melibatkan lebih 10 tahun.

“Ingin saya ingatkan pemilik tanah agar menjelaskan cukai sebelum 31 Mei setiap tahun untuk elak didenda. PTG turut bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk menjejaki pemilik yang culas,” katanya.
Sejak dilancarkan Ops Tunggak 1 dan 2 (2012) nilai tunggakan berjaya dikurangkan daripada RM27 juta kepada RM20 juta, melibatkan bilangan hak milik sebanyak 702.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707