Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Kenapa masa saya sekolah dulu zaman 70an, segala-galanya percuma ..??

$
0
0
oleh Watleklok Skit


Wajib Baca.. Orang2 zaman 70an..

Siapa nak tolong bagi jawapan. Kenapa masa saya sekolah dulu zaman 70an, segala-galanya percuma Dari sekolah rendah, menengah dan masuk universiti. Ketika itu KDNK Malaysia pada tahap yang rendah dan operasi Petronas baru bermula. Ketika sekolah rendah dan menengah saya menerima biasiswa. Begitu juga teman-teman saya kecuali yang datang dari keluarga yang berada. Saya dihantar ke luar negeri untuk mengambil ijazah dengan biasiswa BUKAN pinjaman. 

Dua anak saya lahir diluar negeri. Kerajaan negara dimana tempat saya belajar menangung duit susu anak saya setiap bulan sehingga saya tamat belajar. Ketika bersalin, isteri saya yang juga student dimasukkan ke wad kelas 1. Semuanya ditanggung oleh kerajaan tersebut walaupun saya bukan warganegara. Persoalannya, kenapa perkara yang sama tidak berlaku sekarang sedangkan KDNK negara sudah meningkat begitu juga keuntungan Petronas dan dari sumber2 asli yang lain.

Berfikirlah secara rasional bukan emosi. Ini menunjukkan kekayaan negara tidak diagihkan secara adil kepada rakyat. Ianya lebih banyak masuk ke kantong2 ahli politik yang memerintah sekarang. Dengan sebab itulah kita lihat terlalu banyak skandal penyelewengan didalam kerajaan. Mungkin ada yang akan berkata...dah dapat biasiswa dari kerajaan... nak kutuk kerajaan pulak. 

Ini adalah kebenaran. Bila seseorang itu menegur jangan anggap dia pembangkang. Cara berfikiran begitu menunjukkan kita tidak matang dalam berfikir...malah tidak matang dalam menerima kritikan. Saya berani bercakap sebab sejak pulang dari luar negeri saya tidak pernah bekerja dengan kerajaan kerana time saya balik time recession. Jadi masing-masing pandai2 sendiri cari kerja masing2. Saya mengambil keputusan bekerja sendiri sehingga sekarang.

Saya sudah merasai hidup sejak zaman Tun Dr. Ismail dan Tun Razak lagi. Jadi bagi yang baru nak hidup tu termasuklah pensyarah dalam video tadi, janganlah nak mengampu tak tentu pasal. 

Pelajar zaman saya lebih kritis dan berani. Sehinggakan Nordin Kardi pernah diburu oleh pelajar yang menyertai kursus biro tatanegara kerana benci dengan sikap melayu keterlaluannya yang menyebabkan beliau lari ikut pintu belakang dewan dan tak berani masuk lagi.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles