Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Wahai BN.. Jika rakyat tak desak hangpa pakai buat telinga badak je jawabnya..!!!

$
0
0
Akta Perhimpunan Aman hasil desakan rakyat, bukan ihsan BN
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 Januari 2013
Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
Suasana di Stadium Merdeka yang menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat.
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yang menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dengan aman Sabtu lalu menegaskan, penggubalan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 lebih setahun lalu adalah hasil perjuangan panjang yang terpaksa ditempuh rakyat.

Pengarah Himpun Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, jelas sekali APA 2012 adalah atas desakan dan tuntutan rakyat yang tidak kenal erti penat lelah dan patah semangat dalam memastikan hak kebebasan bersuara di negara ini didengari oleh pemerintah.

"Ia melalui perjuangan rakyat. Bukan kerajaan pemerintah sengaja beri. Untuk mendapatkan perhimpunan ini, ia terpaksa melalui perjuangan yang panjang.

"Dapat akta ini kerana perjuangan rakyat, bukan ihsan daripada pemerintah," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali sebagai #KL112 menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pembangkang, Najib memberitahu, ia merupakan satu bukti semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.

"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," Najib dipetik sebagai berkata ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di ibu negara.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu menjelaskan, APA 2012 hanya digubal setelah rakyat memilih turun di jalanan bagi menuntut dan membantah sistem sedia ada di negara ini kerana merasakan ia sudah tidak relevan dan menzalimi rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Begitu juga mansuh ISA. (Ia dimansuh) setelah berlaku perarakan dan penangkapan.

"Untuk dapatkan perhimpunan yang seperti itu, kita terpaksa lalui tiga himpunan Bersih yang terpaksa mengalami penangkapan, kecederaan, patah (tulang), dilanggar polis dan sebagainya.

"Dulu reformasi tahun 1998, kemudiaan diikuti Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, yang mengalami penangkapan ribuan orang, ratusan alami kecederaan, patah gigi patah tangan, patah pipi dilanyak oleh polis," ujar beliau.

Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu lalu, yang dianggar menghimpunkan sekitar 100,000 rakyat Malaysia di Stadium Merdeka, berhimpun dengan membawa pelbagai tuntutan mereka terhadap kerajaan.

Meskipun lautan manusia membanjiri ibu negara untuk berhimpun di Stadium Merdeka, keadaan terkawal dan perhimpunan berjalan aman seperti yang dijanjikan di antara penganjur dan pihak berkuasa selari dengan APA 2012.

Walaupun terdapat tiga kesalahan dilakukan oleh peserta himpunan dan penganjur, namun secara keseluruhannya, semua pihak harus mengakui ia adalah sebuah perhimpunan yang memenuhi APA 2012.

Diminta mengulas ucapan terima kasih Najib, Mat Sabu hanya menjawab ringkas, "macam itulah."

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707