Boleh runding walaupun garis panduan hiburan sedia ada dikekalkan
16 Januari 2013

Azizan (depan, tiga dari kanan) menyiram pokok yang ditanam sebagai simbolik merasmikan program.
YAN - Garis panduan persembahan hiburan terbuka sedia ada dikekalkan namun penganjur boleh berunding untuk mendapatkan kebenaran mengadakannya.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, garis panduan itu sudah wujud sejak 2008 dan digunapakai oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa timbul sebarang masalah.
“Sebelum ini memang ada garis panduan itu tetapi tiada siapa bising namun apabila dekat pilihan raya depa (mereka) pakat bising, timbul orang yang kita tidak kenal bagi pelbagai kenyataan.
“Pokoknya semua garis panduan di Kedah untuk memastikan keadaan terkawal tidak kira pada orang Islam dan bukan Islam untuk menghormati budaya serta adat setempat,” katanya kepada media selepas merasmikan Penanaman Pokok Peringkat Daerah Yan, di Kampung Permatang Buluh, di sini, semalam.
Azizan berkata, persembahan program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’ dicadangkan berlangsung di Star Walk Alor Setar pada 15 Februari depan boleh diteruskan sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) tetapi mesti berpakaian sopan.

“Beberapa penganjur sebelum ini menarik diri kerana tidak dapat memberi jaminan untuk memastikan artis yang membuat persembahan berpakaian sopan tetapi jika mereka boleh bagi jaminan, kita tidak ada masalah.
“Namun bagi penganjur program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’ mereka tidak datang berbincang sebaliknya terus mengadu kepada MCA hingga timbul isu berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri bersedia berjumpa semula dengan penganjur yang membatalkan persembahan sebelum ini agar mereka dapat mematuhi garis panduan ditetapkan.
Sinar Harian kelmarin melaporkan, Gerakan Kedah meminta kerajaan negeri mengkaji semula beberapa garis panduan mengenai kebenaran mengadakan persembahan hiburan secara terbuka ketika sambutan perayaan pelbagai kaum.
Pengerusinya, Dr Cheah Soon Hai berkata, terdapat garis panduan tertentu bukan sahaja menyekat kebebasan penganjur untuk mempelbagaikan aktiviti menarik kunjungan masyarakat tetapi seolah-olah menimbulkan diskriminasi jantina terhadap wanita.
Garis panduan itu diluluskan Exco Kerajaan Negeri melibatkan aspek pakaian, persembahan nyanyian dan tarian.
Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis terlibat hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
Mengikut garis panduan itu, jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, kerajaan negeri berhak menghentikan program berkenaan serta merta.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut menyifatkan garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina itu sebagai menggugat dan menghakis hak serta kebebasan golongan bukan Islam di Kedah.