“AKIBAT hutang, rumah tangga saya hancur,” kata seorang kakitangan awam yang mahu dikenali sebagai Din, 33, yang mengalami tekanan hidup atas sikapnya suka berhutang.
Din (bukan nama sebenar) ketika ditemui memberitahu Sinar Harian, dia mula terjebak dengan hutang akibat terpengaruh dengan seorang rakan yang suka berjudi.
“Ketika itu saya baru 25 tahun. Kawan itu mengajak saya temani dia berjudi. Mulanya saya hanya tengok dia main dan menang besar. Wang yang dia dapat, dia guna beli pakaian mahal, gajet dan sebagainya. Bermula dari situ saya mula terjebak dan buat pinjaman bank RM30,000 untuk berjudi kerana saya yakin akan menang lebih banyak,” katanya.
Bapa kepada dua anak itu berkata, dia berhutang dengan Ah Long dan kawan sekerja serta beberapa kali menambah hutang bank yang sedia ada sehingga mencecah RM100,000 semata-mata untuk berjudi.

“Selain berjudi, wang pinjaman itu juga saya gunakan untuk tukar kereta dan pindah rumah yang lebih selesa.
“Isteri tanya dari mana saya dapat wang yang banyak sehingga mampu beli kereta besar, saya hanya jawab ada buat kerja sambilan. Hakikatnya saya sebenarnya sedang terperangkap dengan hutang.
“Memang seronok ada duit yang banyak kerana semua benda yang kita inginkan dalam sekelip mata boleh beli. Nikmatnya tidak dapat saya bayangkan,” katanya.
Din berkata, tabiatnya suka berhutang dikesan isterinya apabila beberapa kawan datang menuntut hutang, pemilik rumah minta wang sewa yang hampir lima bulan tidak dibayar.
“Dari situlah bermula masalah rumah tangga saya. Isteri mula mengamuk dan berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan kami bercerai.
Kami bercerai kerana isteri tidak sanggup menanggung bebanan hutang saya yang banyak dan saya pula sering menyusahkan dia dengan meminta dia membuat kerja sambilan untuk menolong saya menyelesaikan hutang.
“Lapan tahun kami berkahwin akhirnya rumah tangga kami musnah,” katanya.
Lelaki berkulit hitam manis, tinggi lampai dan bermisai ini mengakui dia kini terpaksa membuat kerja sambilan bagi menanpung kehidupan sehariannya memandangkan gaji bersih bulanan hanya kira-kira RM300 sebulan.
“Saya insaf dengan apa yang berlaku dan redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yang penting ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk mengubah ke arah yang lebih baik untuk masa hadapan,” katanya.
Din turut menasihatkan masyarakat agar bebas daripada hutang dan tidak menambah hutang sedia ada, selain tidak terjebak dengan masalah sosial seperti berjudi.