Kerajaan BN rompak pampasan Jepun?
Subky Latif, 17 Jan 2013
KERAJAAN BN pimpinan Najib tidak menjawab kes pampasan Jepun terhadap mangsa buruh paksa maut keretapi Siam-Burma dari Tanah Melayu musim Jepun dulu.
Mengikut surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas Buruh Paksa itu yang ditanda tangani oleh Dato Hajah Zalekha Hassan pada 29 Mac, 2011 bahawa tuntutan persatuan itu telah diangkat untuk tindakan kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada Peguam Negara dan Kementerian Sumber Manusia.
Jumlah pampasan itu dikatakan RM207 bilion, dikatakan sudah dijelaskan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
Surat kementerian itu tidak menafikan wujudnya jumlah pampasan RM207 bilion dan tidak juga menafikan ia telah dijelaskan oleh kerajaan Jepun.
Persoalannya khazanah untuk 72,000 hamba Jepun itu tidak diketahui apa telah jadi. Waris hamba itu tidak mendapat apa-apa dari duit yang banyak itu. Duit itu jika ditunaikan dalam not kertas RM10 digantung di tali macam poster pilihanraya, digantung bersambung dari Malaysia ke Jepun dan disambung lagi dari Jepun ke arah timur nescaya sampai semula ke Malaysia masih belum habis lagi. Ia boleh disambung berbelit-belit entah berapa kali sekeliling globe. Demikianlah banyaknya duit RM207 bilion itu. Atau lebih dari separuh hutang Malaysia sekarang.
Duit itu boleh dijadikan modal yayasan hamba Jepun yang pemegang sahamnya adalah waris hamba itu. Setiap bulan mereka boleh dapat dividen tetap yang beribu jumlahnya. Cucu cicit mereka boleh menikmati pencen tetapi sehingga hari kiamat.
Yayasan itu boleh melabur di seluruh dunia dan boleh menjadi perbadanan terbesar dan terkaya di Malaysia.
Tetapi mereka sekarang dengar saja dan tidak mencium sedikit pun nikmatnya.
Siapa yang menikmat dan membolot pampasan itu?
Kerajaan BN telah mendiamkannya selama ini. Apabila perkara ini dibangkitkan Parlimen oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin, ia didiamkan juga. Tiada sebarang penjelasan dari kerajaan.
Mengapa? Dipercaya ia sudah dirompak oleh ketua kerajaan semasa pampasan itu dibuat. Kalau ia dijadikan duit kerajaan secara zalim pun boleh tahan juga kerana ia dijadikan duit kerajaan dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Kalau pun ia zalim kepada waris hamba Jepun itu tetapi kerajaan dapat duit.
Yang dibimbangkan ialah ia dirompak oleh ketua kerajaan. Ketua kerajaan itu siapa? Perdana Menterilah yang juga Presiden UMNO. Jika ia tidak dirompak tentu kerajaan jelaskan apa jadi dengan pampasan itu.
Perdana Menteri yang mana melakukan rompakan itu? Bagaimana pun Perdana Menteri selepasnya mesti bertanggungjawab menjelaskannya. Jika tidak mereka mewarisi najis rompakan itu.
Apakah Melaysia dipimpin oleh perompak? Apa yang hendak kita katakan kepada kerajaan yang pecah amanah itu jika tidak dipanggil perompak? UMNO dan penyokong membuta tuli pemimpin dan kerajaan seperti ini bersubahat menzalimi hamba binaan keretapi itu.
Jepun sudah menebus kezalimannya. Tetapi kezaliman itu diambil pula oleh kerajaan BN.
Seorang dari mangsa itu adalah orang kampung saya Sungai Parit, Pasir Panjang Laut yang ADUNnya sekarang ialah Dato Seri Nizar . Jika tidak silap namanya Mansor bin Ayub. Ayahnya dikenali orang masa itu dengan Yob Petok. Dia bujang ketika diambil Jepun. Tiada dengar kabar sejak itu. Dia sebaya dengan Tun Abdullah Ayob.