![]() |
he he he ini iklan sahaja..!!! |
Tak payah la hentam peribadi2 anwar dan mana2 pemimpin pr. Contohnya ko nak marah anwar sebab dia up isu kehilangan wang kerajaan melalui penyelewengan dana kerajaan, ko patut bidas hujah dia. Bagi hujah. Apa bukti dia ada untuk menegakkan tuduhan dia? Apa dokumen dan statement yang menyokong pendapat dia?
Ini ko pergi sebarkan video lucah. Ko sebarkan video lucah dari rumah ke rumah waktu pagi2 ko ingat cara itu menjawab persoalan2 yang dsai timbulkan? TIDAK SAMA SEKALI. Ko hanya tambahkan persoalan yang wujud.
Eh, betul ka bn menyeleweng?
Eh, betul ka dsai buat maksiat?
Eh, betul ka bn fitnah dsai sebab dsai sebarkan
kejahatan bn?
Ini mewujudkan persoalan. Tak selesaikan isu pun. Usah kata kes neh bahkan mana2 kes pun sama. Ia tak selesaikan masalah kalau ko asyik balas hujah dengan fitnah, balas hujah dengan auta, balas hujah dengan perkara merepek. Lepas tue puak2 ko akan marah, maki, hina, kutuk, hentam mereka2 yang tak sokong bn.
Helloooooo........ ko nak orang sokong ko tapi ko tengok cara ko meraih sokongan? Adakah ini cara yang betul? Adakah menyebarkan lucah itu betul?Adakah menfitnah dan menyerang peribadi pemimpin pr itu betul?
Lepas tue ko akan cakap alamakk.. orang2 pr pun suka serang peribadi pemimpin bn.
Ya, betul tetapi bukan macam korang. Yang suka serang peribadi ialah 1% jek dari penyokong pr. Peratusan kecik. Lebih banyak yang tak layan kalau isu2 peribadi neh. Pergi mampos la dorang kata.
Tapi ini berbeza pula dengan geng2 UMNO. Sikit2 cakap dsai peliwat. Lepas tue cakap penyokong2 pr up peliwat jadi pm. Setahu aku dsai dah dibebaskan dari tuduhan meliwat. Kalau ko tak puas hati pergi la buka balik kes. Bicara balik. Kenapa ko tak tiru pendekatan mereka2 yang pro pr? Macam2 kes mahkamah yang membabitkan pr, bila kalah kita buka kes berulang2 kali sampai kita capai misi. Kenapa ko tak tiru keazaman mereka kalau ko di pihak yang benar?
Lagi satu puak2 korang suka cakap cerca ulama2 dalam pas. Sebut dan gelar tgna dengan macam2 gelaran yang tak sepatutnya. Ko ingat itu cara yang betul dalam berpolitik? Dah, jangan ko banding dengan orang. Bila ko disoal oleh Allah swt kelak, ko takan nak jawab cacian saya kurang teruk berbanding cacian orang lain?