Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Ketua Puteri UMNO bagi duit RM100....he he he..

$
0
0
64,000 pelajar di Kulim Bandar Baharu terima bantuan sekolah

KULIM 18 Jan. - Seramai 64,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari 113 buah sekolah dalam daerah ini dan Bandar Baharu menerima wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM100 seorang bermula Selasa lalu hingga 31 Januari ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu, Abu Bakar Md. Ali berkata, pengagihan wang bantuan tersebut melibatkan 36,220 murid sekolah rendah dan 27,880 pelajar sekolah menengah.

"Tugas pengagihan wang ini akan dilakukan Penyelaras Parlimen atau Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah.

"Bagi melancarkan proses pengagihan, beberapa guru telah dilatih secara khusus bagi menguruskan acara berkenaan di setiap sekolah," katanya di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, pihaknya juga telah mengarahkan sekolah-sekolah membuat semakan terperinci bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, seramai 570 pelajar Sekolah Kebangsaan Labu Besar dekat sini menerima bantuan tersebut dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Ahmad Zubib Saad.

Turut menerima bantuan itu ialah 400 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anne's Convent yang disempurnakan Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor pula menyampaikan bantuan tersebut kepada seramai 1,373 orang pelajar di SMK Taman Kenari, di sini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles