Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Syeikh Ghazali dipilih Tokoh Pendakwah Negeri Kedah

$
0
0

PADANG TERAP 24 Jan. - Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob, 75, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Tunku Temenggung Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Syeikh Ghazali yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop pernah menjawat jawatan sebagai guru dan Imam Masjid Ar-Rafeah, Taman Uda pada tahun 1986 hingga 2008.

Beliau dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah pada tahun 1998 hingga sekarang dan bergiat aktif dalam bidang dakwah di negeri Kedah dengan menyampaikan ceramah serta menghasilkan risalah-risalah tentang agama Islam.

Syeikh Ghazali yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berkata, beliau tidak pernah bermimpi untuk menerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah ini kerana menganggap setiap tugas yang dijalankan adalah sebagai amanah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130125/wu_03/Syeikh-Ghazali-dipilih-Tokoh-Pendakwah-Negeri-Kedah#ixzz2J0AfePHF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles