Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Awie boleh tanya..Apa Salah Buka Kelab Malam..?... Hangpa Jawab sat boleh tak...!!!

$
0
0
Hoii...!! Apa salahnya gua bukak kelab malam?
Gua dapat lesen yang sah maa... lu semua poyoooooooo...

Selebriti terkenal, Awie sedang bertanya neh...
Ada sesapa yang boleh tolong jawabkan...??

Kelab Malam: Inilah alasan KUKUH Awie [Saksikan]

Woitt...!! Apa tengok-tengok..? Benda neh dah lama orang Melayu lain buat, pesal tak kecoh pun...
Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam

Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.~ mStar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Trending Articles