Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Akhirnya hajat Kedah bertemu team 'Real Madrid Malaysia' telah tertunai...tunggu di bumi Darulaman....!!

$
0
0
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (45) Sabtu, 26.1.2013 Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

KERJA KERAS MENGULANGKAJI PERMAINAN LAWAN SERTA MENG

ATUR STRATEGI TERBAIK BERJAYA MENGHASILKAN KEMENANGAN

Menurut ketua jurulatih pasukan Kedah, Mario Tot, kerja keras mengulangkaji rakaman permainan NS Betaria FC dan mengatur strategi yang betul serta perlaksanaan sempurna oleh kesemua pemain yang beraksi membuahkan hasil kemenangan 3-0 di Stadium Darulaman semalam.

Katanya, dia dan pembantunya Antonio Sisic terpaksa mengulangkaji rakaman permainan NS Betaria FC selama tiga hari dan mengatur corak permainan terbaik untuk mengatasi mereka, hanya pelaksanaan terbaik daripada kesemua pemain memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.

“Kini apa yang saya hajatkan sudah tercapai apabila pasukan Kedah bertemu Johor Darul Takzim FC pada peringkat seterusnya pada pertandingan Piala FA musim ini, kemenangan mengatasi lawan kita semalam pasti akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pemain saya.

“Saya juga turut lega kerana akhirnya setelah melalui lima perlawanan Chayene Santos berjaya menamatkan kebuntuan menjaringkan gol dengan merobek gawang lawan menerusi tendangan penalti pada minit ke-47.

“Tidak kira sama ada dia menjaringkan gol itu menerusi tendangan penalti ataupun gol padang apa yang penting ialah Santos kini tidak akan terasa tertekan dan dapat beraksi dengan keupayaan sebenarnya bagi membantu kita mencapai matlamat ke Liga Super musim depan,” kata Tot.

Katanya, prestasi barisan pemainnya sudah bertambah baik, hanya kegagalan menepati sasaran sahaja memaksa mereka menunggu sehingga minit ke-40 bagi menjaringkan gol pertama dan terus menguasai permainan selepas itu.

“Jaringan seawal minit kedua pada separuh masa kedua membuktikan kesungguhan barisan pemain untuk menambah jaringan, apabila pengadil perlawanan menghadiahkan penalti hasil dari tekanan yang pemain saya lakukan terhadap pertahanan lawan.

“Saya juga lega Akhmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali beraksi semula bersama Kedah setelah lima tahun berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring walaupun berada di atas padang mulai minit ke-72 permainan dan jaringan ini pasti menambah keyakinan dirinya.

“Kini kesemua pemain diberi cuti selama empat hari untuk merehatkan tubuh badan yang sudah letih setelah berdepan enam perlawanan dalam jangka masa 19 hari yang lalu, kesemua ini pasti meletihkan dan menyakitkan seluruh badan, saya mahu pemain kembali menjalani latihan dalam keadaan segar dari segi fizikal dan mental mereka,” kata Tot.

END.

#iamhijaukuning © Media KFA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707