Jika berdasarkan pekeliling yang Putrajaya keluarkan dan apa yang dikatakan oleh mufti Perak ini nampaknya Pimpinan di PUTRAJAYA kena bertaubat dan mengucap 2 kalimah semula sebab berdasarkan dari apa yang dikatakan oleh mufti perak ini merekalah yang membenarkan KALIMAH ALLAH ini di gunakan dalam bible di SABAH SERAWAK sana...
Umat Islam jadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah ‘Allah’, kata Harussani
January 26, 2013
IPOH, 26 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.
Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.
"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.
"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di sini hari ini.
Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan. Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.
Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. — Bernama