Dongeng Bersumpah Laknat: Air Baja dan Air Selut Mudik Ke Hulu Demi Bermadu Asmara Dengan Air Tasik Pedu...
Tapak Ladang Agrotourism yang menjadi punca Utusex mencabar sumpah laknat bahawa satu hari nanti di bawah kerajaan PR, air, racun dan baja yang terlarut resap akan 'ragaih' bukit mudik ke hulu untuk masuk ke Tasik Pedu
Saya tidak pernah terbayangkan sepanjang hidup saya satu hari nanti, saya akan menempuh satu zaman di mana masalah geografi, topografi tanah dan rajah geometri yang saintifik perlu dipertahankan dengan sumpah laknat! Tapi ia telahpun muncul hari ini di akhbar milik UMNO Utusan Malaysia. Setelah lebih sedekad menyajikan ummat melayu Islam dengan cerita sex, liwat dan porno, hingga mempopularkan sumpah laknat untuk membuktikan dubur Saiful Bukhari telah ditusuk sembilu tumpul.
Saya sering diingatkan bahawa cerita bohong yang diulang-ulang akan disangka benar secara psikologi paksa. Berita Tasik pedu akan kering kontang dan dasarnya merekah keras 'kong' gara-gara projek agrotourism kerajaan PR Kedah akan mengancam nyawa seluruh penduduk Malaysia akan ditulis selepas pembohongan ini berjaya - sekiranya rakyat Kedah buta mata dan buta huruf - mujurlah TIDAK!
Air lari dari kawasan projek akan membawa segala baja dan racun tenaman menerpa masuk ke tasik dengan kaedah mudik ke hulu dan meragaih permatang jalan setebal 300 meter dengan keadaan tercungap-cungap keletihan.
Permatang pemisah (disebut jambatan konkrit dalam plan JKR) T.E.K.I.H (Trans Eastern Kedah Interland Hiway) direkabentuk dengan perkiraan saintifik menangani kedudukan paras air selepas 100 tahun - termasuk membuat unjuran pencairan glasier di kutub urata dan kutub selatan bumi dan kadar hujan tahunan yang bakal mencurah.
Hakikatnya ialah aliran air parit dan air lari dari tapak projek menghala ke arah bertentangan dengan Tasik Pedu, bercantum dengan satu sungai yang menjadi 'outlet' - aliran keluar- (BUKAN INLET- aliran masuk) takungan tasik pedu jika paras air melepasi paras tertentu, terus menghala ke Sungai Pedu, lajak lagi ke Sungai Terap. Air sungai2 ini tidak pernah mudik ke hulu untuk memadu asmara dengan air di Tasik Pedu.
Untuk tidak memanjangkan 'kekaguman tahap gaban' kepada Utusex dan pemuda UMNO, termasuk pimpinan nombor satu dan dua UMNO Kedah, yang berpot-pet tanpa fakta, saya perturunkan laporan teknikal dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang telah disyarahkan oleh YAB Menteri Besar pada sidang DUN 20-22 Nov lalu. Kerana sudah dibentangkan di DUN, maka dokumen ini saya kira sudah menjadi dokumen awam yang boleh mencerdikkan pemuda UMNO yang berdemo di depan wisma semalam dengan kekuatan ketumbukan sebesar 30 orang.
Maklumat dari jabatan juga menyatakan laporan ini akan dibentangkan kepada Mukhriz pada esok (21 Disember 2012) setelah dipanggil pada hari ini. Sebelum mendapat laporan yang akan mengunci mulutnya dan menambahkan lapang di kepalanya, dia pun bersyarah sakan di TV3 malam ini, mempelawa MB menaiki helikopter meninjau kawasan itu. Adusss!!!
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 HUTAN SIMPAN PEDU
Hutan Simpan Pedu adalah hutan jenis darat dimana berkeluasan 15,537 hektar dan terletak di bahagian utara Negeri Kedah. Ia telah diwartakan pada 11 September 1952 (No. Warta: F297). Terdapat 52 Kompartmen hutan di dalam Hutan Simpan Pedu di mana kompartmen tersebut adalah berbukit-bukau. Kawasan bertasik yang terdapat didalam kawasan hutan simpanan kekal ini telah menempatkan sebuah empangan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan simpanan air bagi kegunaan pertanian. Ketinggian tertinggi di hutan simpan ini adalah 582 m apl.
1.2 PEMBAHAGIAN DAERAH HUTAN DAN DAERAH SIVIL
Hutan Simpan Pedu adalah terletak di Daerah Hutan Kedah Utara dan Daerah Sivil Padang Terap.
1.3 KAWASAN HUTAN TADAHAN AIR
Hutan Simpan Pedu telah dikelaskan kepada dua (2) iaitu Hutan Pengeluaran dan Hutan Tadahan Air. Semua kompartmen hutan di kawasan Hutan Simpan Pedu adalah dikelaskan sebagai kawasan hutan tadahan air kecuali kompartmen 1, 2, 3, 4, 48, 50, 51 dan 52.
1.4 KEADAAN MUKA BUMI
Terdapat beberapa batang sungai yang mengalir di sekitar Hutan Simpan Pedu antaranya Charok Chabang Dua, Charok Chik, Charok Batang Padi dan Charok Tipek. Aliran sungai-sungai tersebut tidak mengalir ke kawasan empangan sebaliknya aliran sungai tersebut mengalir ke charok-charok sungai kecil sejauh lebih kurang empat (4) km ke Sungai Pedu seterusnya ke Sungai Padang Terap.
Disamping itu beberapa bukit juga terdapat di dalam hutan simpan tersebut antaranya Bukit Merah yang berkitinggian 361 m apl dan Bukit Jani yang berketinggian 315 m apl.
1.5 KAWASAN PENEMPATAN PENDUDUK
Kawasan Projek Agroforestry adalah kawasan yang terletak jauh daripada daripada penempatan penduduk. Walaubagaimanapun, kawasan penempatan penduduk yang dikenalpasti berhampiran iaitu lebih kurang 4 hingga 7 kilometer dengan kawasan projek. Kampung-kampung tersebut dan jarak antara kampung-kampung tersebut dengan kawasan projek pembangunan adalah seperti berikut:-
1) Kg. Tok Chai - ± 4.0 km
2) Kg. Pinang - ± 4.0 km
3) Kg. Datin Fatimah - ± 4.5 km
4) Kg. Tong Pelu - ± 6.5 km
5) Kg. Tangjung Luar - ± 7.5 km
Penduduk kampung tidak bergantung kepada bekalan air masyarakat sebaliknya menggunakan bekalan air yang disediakan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA).
1.6 AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT
Masyarakat setempat telah menjalankan beberapa aktiviti untuk menjana pendapatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengusahakan perladangan getah di sekitar kawasan penempatan dan dusun buah-buahan.
1.7 KAWASAN TADAHAN AIR MASYARAKAT
Tinjauan dan rekod jabatan menunjukkan tiada penggunaan air masyarakat di sekitar kawasan projek. Kawasan penempatan penduduk terhampir juga telah menggunakan air yang dibekalkan oleh kerajaan melalui pihak SADA. Kegunaan air yang dibekalkan oleh SADA ini adalah untuk kegunaan domestik.
1.8 GAMBARAN KASAR KAWASAN SEKITAR KAWASAN EMPANGAN DAN KAWASAN PROJEK
Kawasan yang diusahasil dan Empangan Pedu adalah dipisahkan oleh permatang bukit dan berjarak lebih kurang 300 meter daripada tebing empangan. Sehubungan dengan itu, adalah mustahil bagi air atau mendapan daripada kawasan lesen balak bergerak menaiki permatang secara langsung ke Empangan Pedu.
Gambaran kasar di kawasan usahasil paling hampir dengan kawasan Empangan Pedu adalah seperti berikut:-
2.0 ADUAN BERKAITAN HUTAN SIMPAN PEDU MELALUI MEDIA
Siri aduan awam melalui media telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Maklumat mengenai aduan tersebut adalah seperti berikut:- (Tidak termasuk pembohongan di Utusex dan TV3 hari ini yang akan berulang esok dan luasa hingga PRU13)
[SETERUSNYA HANGPA PIE BACA DIBLOG SETPOL - KLIK SINI]