Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Najib terbang pie Gaza jumpa Hamas tapi Anwar..Hamas terbang mai sini jumpa dia..


Anwar puji usaha Najib ke Gaza


SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
 1 Februari 2013

PETALING JAYA - Setelah mengkritik kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat "memuji" pula usaha Perdana Menteri untuk memulihkan keamanan di Gaza.

Minggu lalu Anwar berkata, lawatan Najib ke Gaza yang dikuasai oleh Hamas hanyalah sebagai gimik politik untuk memenangi undi Melayu.

Namun Anwar yang menerima kunjungan anggota Kabinet Hamas, Walid Amudi hari ini bagaimanapun berkata, Pakatan sentiasa menyokongusaha memulihkan persengketaan di negara bergolak itu termasuk usaha yang dilakukan Najib.

"Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak, walaupun baru kali pertama beliau ke sana," katanya.

Walid berkata pihaknya, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.

"Kami yakin seluruh umat Islam akan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Semoga ALLAH terus mencurahkan barakah kepada rakyat Malaysia," katanya sambil memuji perhatian yang ditunjukkan Anwar terhadap isu Gaza.

Pada majlis itu Anwar turut menyerahkan replika cek bernilai AS$700,000 kepada Walid bagi tujuan pembinaan Masjid an-Nour al-Muhammadi di Gaza, Palestin.

Sumbangan dikumpulkan dengan kerjasama Aqsa Syarif.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707