Kesal gegantung kena tanggal

Salah seorang petugas ketika memasang kain rentang program di sekitar Guar Chempedak, baru-baru ini.
YAN - Majlis Daerah Yan (MDY) didakwa mengamalkan ‘double standard’ dalam soal penguatkuasaan gegantung.
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), Mohamad Ismail berkata, tujuh gegantung dan kain rentang program anjurannya berbentuk keagamaan ditanggalkan tanpa sebab dan alasan.
Beliau berkata, tindakan MDY jelas berat sebelah apabila pelbagai gegantung lain dibiarkan walaupun sudah tamat tempoh.
“Kebiasaannya, gegantung program yang berbentuk keagamaan tidak memerlukan cop kebenaran MDY.
“Kita memasang empat kain rentang dan tiga gegantung di sekitar Guar Chempedak untuk memaklumkan mengenai program yang dianjurkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, gegantung dan kain rentang itu dipasang pada 24 September lalu sebelum ditanggalkan keesokannya iaitu pada hari program berlangsung.
Menurutnya, tindakan itu adalah tidak adil kerana gegantung yang memaparkan gambar wanita tidak menutup aurat pula sengaja dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
“Sekiranya MDY memberi alasan bahawa gegantung dan kain rentang ini tidak mendapat cop kebenaran, bagaimana pula dengan gegantung program lain yang juga tidak mempunyai kebenaran.
“Kami kesal dengan tindakan itu kerana ia dibuat tanpa memaklumkan lebih awal kepada Hesa,” katanya.
Mohamad berkata, program yang dijadualkan berlangsung di Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak melibatkan sekolah yang bernaung bawah Hesa seperti pertandingan pidato, tilawah al-Quran, hafazan dan nasyid.
Sementara itu, Pegawai Daerah Yan, Abd Rashid Othman berkata, tindakan penguatkuasaan penurunan gegantung atau kain rentang yang tidak mendapat cop kebenaran diputuskan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.
“Kita mengeluarkan arahan untuk menanggalkan mana-mana gegantung dan kain rentang yang tidak mendapat cop kebenaran di sekitar daerah Yan.
“Sekiranya ada pihak yang mendakwa gegantungnya ditanggalkan, mereka bolehlah berhubung dengan MDY untuk mendapatkan cop kebenaran sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mendapat aduan orang ramai mengenai terlalu banyak gegantung tidak mendapat cop kebenaran dipasang di sekitar daerah tersebut.