Quantcast
Channel: KDL
Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707

Mansuh Akta Hasutan, Kerajaan Perlu Henti Pendirian Flip Flop

$
0
0
http://mole.my/sites/default/files/images/mole-Pas-6.jpg
Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang di Malaysia yang digubal bagi mencegah dan menghalang sebarang perbincangan yang boleh dikatakan atau didakwa sebagai tujuan untuk menghasut.

Pada tahun 1948, kerajaan British telah menggubal akta tersebut dan bersempena dengan tahun tersebut nama ‘Akta Hasutan 1948’ diangkat sehingga kini. Jika diteliti daripada sudut historinya, ia adalah bertujuan untuk mengekang kemaraan komunis pada satu ketika dahulu. Komunis telah tiada, namun ia terus digunapakai berleluasa tanpa kajian terperinci. Di sini kami mempertikaikan atas alasan apa ia terus diguna?PM wajar nyatakan pendirian segera untuk rakyat membuat penilaian.

Menurut tafsiran dalam Akta 1948, sebarang ucapan dan penerbitan yang mempunyai kecenderungan menghasut adalah boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah.

Mutakhir ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kepada umum bahawa Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukanlah titik akhir dalam menukar akta hasutan kepada Rang Undang-Undang Harmoni Nasional, malah sebaliknya Kabinet yang menentukan keputusan akhir. Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib di akhbar Berita Harian dua tahun lepas, Akta Keharmonian menekankan kepada aspek pemupukan semangat perpaduan dan nilai murni saling menghormati dalam masyarakat Malaysia.

Pada perspektif kerajaan, undang-undang ini besifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Dua tahun telah berlalu namun usaha penggubalan akta baru tetap 'beku' tanpa tindakan. Sehingga kini, akta hasutan masih berjalan walaupun pihak kerajaan berhasrat menukar akta hasutan 1948 kepada akta keharmonian pada tahun terdahulu. Kami terus meragui tentang keseriusan kerajaan dalam hal ini. Adakah ia hanya sekadar 'gimik' politik murahan. Usah bermain dengan sandiwara politik, penjenamaan akta Hasutan kepada akta keharmonian kaum tidak ubah hanya sekadar kosmetik dan sandiwara politik jika ia hanya diteliti pada nama tetapi bukan pada substansi akta tersebut. Pada hemat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, hanya kerajaan yang lemah sahaja akan terus menerus menggunakan akta ini.

Jelas disini, kerajaan memperlihatkan akta hasutan masih rasional dan relevan digunapakai sehingga kini. Sebagai rakyat yang merdeka dan bebas, sewajarnya satu akta yang lebih holistik digubal kerana ia bercanggah dengan 'hak kebebasan bersuara' yang diperuntukan di dalam perlembagaan negara ini. Kami meyakini, sebuah kerajaan yang stabil dan adil tidak akan tergugat sekiranya dikritik.

Massa memperlihatkan rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju untuk akta tersebut terus digunapakai dan pelbagai usaha dan kempen telah digerakkan secara mandiri serta progresif agar akta ini segera dimansuhkan. Kesedaran rakyat kian memuncak bila mana belakangan ini ramai aktivis termasuk para akademia dan politikus berani mula disabitkan dengan akta ini malah dikenakan tindakan yang pada hemat kami ia tidak munasabah. Kami yakin, sekatan demi sekatan ini akan menyebabkan rakyat semakin matang dan menilai kembali kerelevanan kerajaan yang sedia ada di masa hadapan. Percayalah bahawa proses ini akan menatijahkan perubahan.

Nor Azman Mohamad
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan

Nazree Yunus
Mantan Ketua AMK
Negeri Sembilan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 19707